PKR TAKUT PRN MENGEJUT PULAU PINANG??
Saalam Perjuangan. Lamanya tak menulis kat dalam benda nii. PAN (Parti Amanah Negara) yang diketuai Mat Sabu jelas sebuah parti yang sentiasa taat kepada DAP sepertimana keputusan kononnya di ‘bocor’kan oleh Lim Guan Eng sedangkan dia sendiri yang memutuskan PAN bersetuju untuk mengadakan Pilihanraya mengejut di negeri jajahan Keluarga Lim, Pulau Pinang Pulau Mutiara. Walauapapun keputusan PAN dan komponen didalam Pakatan Mengkarung (Sebab suka tukar color) PKR dan PAS pastinya mempunyai keputusan yang berbeza kerana masing masing sedang mengaut kepentingan untuk parti masing masing berbanding PAN yang semua maklum hanya ‘mencuri’ kerusi PAS. Drama Wan Azizah dan kepimpinan PKR pula lain caranya, Dengan secara lembut bersopan santun dihadapan Khalifah DAP mereka menolak kebersamaan untuk bersetuju dengan rancangan DAP mengadakan Pilihanraya Mengejut tersebut. Pakatan Mengkarung ini hanya akan bersatu hati dan bersetuju secara menyeluruh untuk pelbagai keputusan be...