REFORMASI UMNO ADALAH WAJIB SEBELUM KEKAL TERKUBUR.
Bosan bercakap tentang PEREMAJAAN apabila ia hanya sebagai kata sahaja, seusai itu tinggalah seperti tunggul buruk. Begitulah perangai orang UMNO saban tahun semasa kuasa di tangan mereka dahulu. Itu memang cerita dulu, ketika merea berkuasa di Putrajaya dan yakin akan terus berkuasa selepas PRU14. Rupanya tinggal angan-angan selepas ditimpa badai oleh mantan presiden UMNO sendiri iaitu Tun Mahathir dari luar UMNO sendiri iaitu BERSATU. Memang begitu tragis dan tidak berhati perut, tapi disebabkan kita leka selain lalai dengan kajian karut yang mengatakan UMNO kekal memerintah selepas PRU14. Kesudahannya tinggallah Perlis dan Pahang terkontang kanting sedang kehilangan paruh untuk bertongkat, barangkali senasib dengan Kelantan dan Terengganu yang kembali di pangkuan PAS. Berdoalah supaya pemerintahan PAS di Terengganu kali ini jauh lebih baik daripada zaman 1999-2004 dahulu. Penulis yakin akan kemampuan Menteri Besar baru yang dilantik oleh rakyat. Insyallah.... Nothing ...