KEMENANGAN GERAKAN MAHASISWA “PRO ESTABLISHMENT” BUKAN KEMENANGAN UNTUK DIJUAL.
Barisan calon Penggerak Mahasiswa sesi 15/16 Gelombang baru arena politik mahasiswa di pihak pro establishment. Setelah bertahun-tahun mencuba untuk menawan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) akhirnya menjadi kenyataan apabila Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) berjaya ditawan oleh kumpulan pro establishment selepas bertahun-tahun kerusi MPP dipegang oleh kumpulan Anti Establishment . Menariknya mengenai kemenangan ini merupakan satu gelombang baru dalam arena politik mahasiswa selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan mandat pimpinan daripada mahasiswa. Hal ini kerana real fight politik di kampus hanya dirasai dan dialami oleh beberapa kampus sahaja di negara ini khususnya Universiti Awam di kawasan Lembah Klang. Bercakap mengenai real fight di arena kampus hampir menyamai seperti arena politik luar, yang membezakan keduanya adalah manifesto, golongan sasaran pengundi dan cara...