KEMENANGAN GERAKAN MAHASISWA “PRO ESTABLISHMENT” BUKAN KEMENANGAN UNTUK DIJUAL.
Barisan calon Penggerak Mahasiswa sesi 15/16 |
Setelah bertahun-tahun mencuba untuk menawan kerusi Majlis
Perwakilan Pelajar(MPP) akhirnya menjadi kenyataan apabila Universiti
Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Putra
Malaysia(UPM) berjaya ditawan oleh kumpulan pro
establishment selepas bertahun-tahun kerusi MPP dipegang oleh kumpulan Anti Establishment.
Menariknya mengenai kemenangan ini merupakan satu gelombang baru
dalam arena politik mahasiswa selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan
mandat pimpinan daripada mahasiswa. Hal
ini kerana real fight politik di kampus
hanya dirasai dan dialami oleh beberapa kampus sahaja di negara ini khususnya
Universiti Awam di kawasan Lembah Klang.
Bercakap mengenai real
fight di arena kampus hampir menyamai seperti arena politik luar, yang
membezakan keduanya adalah manifesto, golongan sasaran pengundi dan cara
berkempen. Namun, isu-isu yang dimainkan hanyalah isu dalaman sahaja yakni isu
di kampus sahaja demi membela hak dan kebajikan mahsiswa sahaja.
Memperjuangkan isu bas yang beroperasi tidak mengikut
jadual, kekurangan bekalan air di kolej-kolej kediaman, masalah jalur lebar
internet yang tidak berkesudahan itulah antara isu yang selalu diperjuangkan
oleh MPP. Malah, paling menjadi tumpuan apabila isu kenaikan yuran pengajian
oleh pihak pentadbiran tanpa sebab yang konkrit menjadi isu utama yang sering
dibawa oleh setiap anggota MPP yang membezakan adalah komitmen mereka dalam
membawa suara mahasiswa kepada pihak atasan.
Perbezaan gerakan pro establishment dengan gerakan anti establishment ?
Maksud gerakan pro
establishment menurut Profesor Caroll Quigley dari Universiti Georgetown
adalah sekumpulan tenaga yang membentuk kesepakatan untuk membina pengaruh dan
mencipta idealisme berdasarkan tradisi serta campuran idea konservatif. Ini
bermakna mereka tidak tunduk kepada tekanan dan desakan daripada parti politik
atau entiti tertentu. Menariknya mengenai gerakan ini adalah mereka tetap
menggunakan kaedah rundingan dan diplomasi pihak tertentu dalam untuk mencapai
kata sepakat apabila berlakunya sesuatu perkara yang memerlukan kepada
rundingan meja bulat.
Berbeza pula dengan maksud yang diberikan kepada anti establishment kerana sifat yang
digunakan oleh pendokong gerakan ini adalah menentang segala dasar dan polisi
yang telah direka oleh pihak tertentu. Tindakan mereka ini mirip kepada “counterculture” yang melanda
ngara-negara Barat pada sekitar tahun 1960-an dahulu. Hal ini kerana, mencuba
untuk membawa kembali sesuatu perkara itu seperti keadaan asalnya yang mana tidak wujud
pelbagai dasar dan polisi yang digubal pada masa itu. Oleh itu,pendekatan
mereka berat kepada konfrontasi yang digambarkan menerusi demonstrasi jalanan,
merusuh, pemberontakan bersama pernyataan yang berani dan lantang.
Tujuannya adalah memastikan supaya apa yang disuarakan itu
didengari dan diambil peduli oleh pihak berwajib, tidak kiralah sama ada di
kampus mahupun di luar. Hal ini kerana, kejayaan sesebuah gerakan itu diukur
melalui pencapaian yang dilakukan oleh mereka sepanjang keberadaannya di
kampus. Perbezaan yang boleh digambarkan antara dua jenis gerakan ini adalah
kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam perilakunya untuk mengangkat suara
mahasiswa.
Farhan Khairuddin dari Aspirasi UKM |
Kejayaan gerakan pro
establishment menawan kepimpinan MPP pada pemilihan ini dilihat kurang
bermakna kepada mahasiswa apabila, muncul pelbagai pihak yang membuat dakwaan
kemenangan gerakan mahasiswa pro
establishment ini adalah menandakan peningkatan sokongan mahasiswa kepadanya.
Kalah tak disanjung,
menang tak diangkat. Itulah ungkapan yang sebaiknya diberikan kepada
perilaku sesetengah pihak yang mendakwa kemenangan ini adalah milik mereka
juga. Apa justifikasi mereka membuat kenyataan sedemikian di dada akhbar
sehinggakan menimbulkan pelbagai andaian bahawa adakah gerakan mahasiswa di
kampus ini sebenarnya ditunjangi oleh ahli politik luar?
Pelbagai penafian telah dikeluarkan wakil mahasiswa
mengenai tindakan ini, tetapi seperti “nasi
sudah menjadi bubur” kerana
gerakan-gerakan mahasiswa di kampus dilihat seperti dibayangi oleh parti
politik luar. Sama ada pro establishment
dan anti establishment yang
masing-masing menafikan mereka bayangan parti politik luar namun, hakikatnya
gerakan mahasiswa masih lagi bergerak sendiri dan masih mengekalkan sifat
“indiependent” demi memeperlihatkan mereka komited membawa suara mahasiswa
dalam hak dan kebajikan mahasiswa.
Ahli politik luar seharusnya tahu bahawa, mereka masih lagi
jauh untuk goyang kaki dan mendakwa kemenangan mahasiswa pro establishment pada pemilihan MPP ini adalah kemenangan kepada
survival mereka. Apakah, gelombang baru
ini akan menjamin survival politik mereka pada Pilihan Raya Umum akan datang?
Comments
Post a Comment