SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

1.      Penangkapan Siti Noor Aishah yang didakwa mempunyai hubung kait dengan pengganas khususnya IS sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh dua tersebut beliau telah dikenakan tahanan dalam rumah di rumahnya di Sura yang terletak di daerah Dungun, Terengganu. Sewaktu penahanan tersebut Siti Aishah telah dikenakan dibawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma - atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 kerana memiliki sejumlah buku yang diharamkan.
2.      Dalam tahanan rumah Siti Aishah dikhabarkan telah dipasang alat peranti pada pergelangan kakinya, ini membolehkan pihak berkuasa mengesan pergerakannya pada setiap masa. Namun, ini seakan sama dengan system parol yang dijalankan oleh pihak penjara kepada pesalah parol yang dibebaskan dalam beberapa tempoh tertentu.
3.      Siti Aishah yang sebelum ini merupakan bekas mahasiswa Sarjana dari Universiti Malaya sebelum dibuang pengajian oleh pentadbiran Universiti Malaya berikutan akan kesalahan yang didakwa ini. Dalam hal ini Siti Aishah didakwa memiliki 12 buah buku yang berkaitan dengan dakyah pengganas. Berikut adalah senarai buku yang dimilikinya:
* Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush'ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera
* Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera
* Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera
* Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika
* Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq
* Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication
* Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq
* Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera
* Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh
* Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh
* Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat
* Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat
4.      Memang tidak dinafikan bahawa bahan bacaan sedemikian seakan mampu menjerumus seseorang kepada keganasan. Lagipun kita sendiri tahu bahawa kewujudan kumpulan pengganas di Timur Tengah seperti Al Qaeda dan Is. Manakala kewujudan Boko Haram di benua Afrika ini adalah semuanya permainan Barat.
5.      Alasan Siti Aishah memiliki bahan bacaan sedemikian untuk dibuat kajian bagi menamatkan pengajian Master nya tidak seharusnya menjadi masalah. Lagipun apa yang dikajinya kelak mungkin boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan akan betapa celakanya sifat pengganas yang bertopengkan agama Islam,pada mutakhir ini.
6.      Itu sememangnya menjadi kebiasaan sebenarnya khususnya buat pelajar yang melanjutkan pengajian hingga tahap Master untuk mencari bahan penyelidikan. Malahan 12 buah buku yang dimiliki bukanlah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, ini dinyatakan sendiri oleh peguam yang mewakili Siti Aishah itu sendiri iaitu, Mohd Kamarulzaman A Wahab.
7.      Penangkapan semula Siti Aishah oleh KDN ini memperlihatkan beliau seakan menyamai Abu Bakr al- Baghdadi dan Osama bin Laden. Kini Siti Aisha telah diletakkan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) dan SOSMA. Sehingga hari ini Siti Aishah telah ditahan di Penjara Kajang selepas kembali ditahan semula pada 17 Mac lalu.
8.      Namun percayalah bahawa undang-undang yang ada dalam sesebuah negara itu adakalanya menyeksakan. Malah sebelum ini pun tanggal 29/9/2016 Siti Aishah telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dek kerana kegagalan pendakwaraya gagal mengaitkannya dengan kegiatan pengganas.
9.      Seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut pihak pendakwaraya mendapat kelulusan daripada Mahkamah Rayuan untuk menahan kembali Siti Aishah dan diletakkan dibawah akta yang sama seperti sebelum ini (SOSMA).
10.  Guilty until it’s proven” dan berdoalah supaya tiada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya.
11.  Cuma dalam hal ini aku sedikit terkilan akan mengapa KDN melalui PDRM seakan ‘try hard’ mahu mendakwa Siti Aishah atas alasan memiliki 12 buah buku tersebut hingga mahu dikaitkan dengan kegiatan pengganas. Sedangkan rumahnya di Sura, Dungun Terengganu bukanlah seakan war room apatah lagi command centre untuk Siti Aishah menggerakan kegiatan pengganas seperti yang didakwa oleh KDN.
12.  Dalam konteks untuk memerangi keganasan dalam negara ini aku tetap mengakui akan keupayaan pihak keselamatan dalam memerangi kegiatan pengganas. Lihatlah sejarah dahulu bagaimana dengan tidak mengambil masa yang Komando PDRM VAT 69 menumpaskan gerakan tersebut di Sauk, Perak pada sekitar tahun 2000 dahulu dan menghapuskan kebangkitan semula Parti Komunis Malaya pada sekitar tahun 1980 an dahulu, hingga Chin Peng akhirnya mati dalam buangan di Selatan Thailand.
13.  Penahanan semula Siti Aishah seolah-olah punya agenda tersirat oleh pihak yang mendakwa. Menggunakan alasan yang sama untuk menahannya kali seperti tak boleh diterima oleh akal fikiran.
14.  Aku masih percaya bahawa PDRM pasti ada sebab tersendiri untuk bertindak demikian, tetapi meletakkan seseorang itu dibawah sebuah akta yang digubal untuk mendakwa puak-puak Sultan Kiram pada suatu masa dahulu bukanlah tindakan yang wajar jika mengikut pandangan aku. Namun itulah yang terjadi apabila undang-undang yang melebihi segala-galanya.

15.  Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017