DEBAT NAZRI LAWAN MAHATHIR: SIAPA NAZRI?



1. Cerita Nazri Aziz cabar Tun M lawan debat ni memang satu perkara 'rare' kalau diikutkan kerana ini ibarat pertembungan antara bekas bos dan anak buahnya.

2. Nazri Aziz ni pada aku adalah seorang 'politician' yang 'badass' sebab beliau sendiri pernah berdebat atas tujuan yang sama dengan apa yang dilakukan sewaktu Tun Mahathir menjadi ketuanya dahulu.

3. Tahun 2003 beliau pernah berdebat dengan Salahudin Ayub dari PAS berkenaan dengan tajuk Sekolah Agama Rakyat, pada masa itu hanya beliau seorang yang berani menyerahkan tengkuk untuk ditembak oleh pihak lawan yakni PAS kerana yang lain menikus dengan tawaran PAS pada ketika itu.

4. Menariknya sesi debat yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada ketika itu menyaksikan beliau sangat bersahaja dan hadir seorang diri dengan berbaju, berkain pelikat dan berkopiah putih. DBP pada ketika itu hanya dipenuhi dengan penyokong PAS sahaja al maklumlah waktu ini PAS sangat dominan berbanding dengan Parti Keadilan mahu DAP, maka pentas politik mereka yang kuasainya.

5. Pada 2003 Sekolah Agama Rakyat yang diletakkan bawah urusan dan tanggungjawab kerajaan Negeri didakwa diberhentikan pemberian bantuan tahunan oleh kerajaan pusat. Maka ramai yang mempersoalkan akan tindakan oleh Tun M.

6. Ditambah pula dengan wabak SARS yang melanda Asia dahulu dan Malaysia pun tidak terlepas daripada wabak tersebut. Kesempatan ini diambil oleh Kartunis Zunar mereka kartun Babi punca SARS merebak manakala Tun M yang diubah hidung seperti Tapir pula punca Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditutup.

7. Dek kerana melihat tawaran debat antara UMNO dan PAS tiada respon daripada UMNO, maka Nazri Aziz yang menerima tawaran debat sebagai wakil kepada diri sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak, waima daripada UMNO sekalipun. Pada mata masyarkat, 'once' kau dah jadi figura mana-mana persatuan atau parti politik, orang akan tetap melihat kau mewakili badan-badan tersebut.

8. Masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Nazri Aziz kembali melakukan seperti mana yang beliau pernah lakukan pada 14 tahun lepas. Namun, jika dilihat belah Nazri Aziz semacam tenang sahaja, sebaliknya di pihak Tun M pula muncul pelbagai dakwaan tentang Nazri Aziz yang seolah-olah mengatakan beliau pula yang mengaturkan debat dengan Tun M termasuk dengan proses perjalanan debat tersebut.



9. Puak penyokong Tun M masih tidak habis dengan kejayaan mereka 'occupied' PWTC sewaktu penganjuran Nothing To Hide pada dua tahun lepas. Adakah mereka ini masih belum dilahirkan sewaktu isu debat SAR pada tahun 2003 dahulu?

10. Debat memang bukan budaya kita kerana kita bukan dilatih untuk petah bercakap sebaliknya kita banyak diajar tentang 'ground work' yang mengajar kita tentang pelbagai perkara khususnya berkenaan dengan permasalahan penduduk dalam kawasan kita. Namun jika mahu berdebat eloklah mereka yang mahir memikirkan tentangnya bagaiamana untuk menang situasi tersebut.

11. Lain jika dibandingkan Nazri Aziz yang berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari Lincoln's Inn, United Kingdom. Sememangnya debat ini adalah asam garamnya kerana waktu di Lincoln's Inn pun beliau sudahpun didedahkan dengan dunia perdebatan ini.

12. Kesimpulannya jadi atau tak debat ini bukan persoalan utama. Sebaliknya kalau hendak membuktikan hebat diatas pentas sahaja itu bukan pengukurnya kerana bagaimana pula reaksi rakyat dikawasan  terhadap kita.

13. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017