JAWAPAN KEPADA ISU TANAH UNTUK GOLONGAN BELIA TERENGGANU


KALAU tidak silap isu yang telah diviralkan dalam media sosial pertengahan tahun ini berkaitan pemilikan tanah yang telah diumumkan  oleh Menteri Besar Terengganu di dalam satu program di Hulu Terengganu pada mei lalu telah disalah tafsirkan oleh orang rakyat terutamanya golongan muda. 

Ramai yang meletakkan kesalahan itu diatas bahu YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana kerana dalam sidang media tersebut menyatakan perkara demikian sepertimana dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Didalam perkiraan admin, purata daripada 1.8 juta orang rakyat Terengganu dan 55 peratus adalah golongan belia bawah 40 tahun (B40).

Adakah seramai 990 ribu orang golongan B40 akan memerima tanah yang dinyatakan itu dan ianya tidak masuk akal yang logikal langsung.

Admin telah berkunjung ke jabatan berkaitan dan ingin memohon tanah seperti mana yang diviralkan itu dan ini mendapat penjelasan dan pencerahan daripada jabatan dan juga sumber berkaitan tanah, penulis telah mendapat penjelasan yang begitu tepat dengan maksud percakapan YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika itu.

Diantaranya, Isu tanah pemberian kerajaan seperti yang diviralkan dalam media alternatif adalah bertujuan untuk  menggalakan  rakyat Terengganu B40 yang tiada memiliki tanah bergiat cergas dalam sektor  pertanian.

Kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menggalakan rakyatnya untuk berusaha meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pertanian.

Justeru itu  tanah yang dicadang adalah untuk  diusahakan bagi peserta yang berminat.

Peserta mestilah membuat proposal atau kertas cadangan yang berdaya saing dan mampu menjana ekonomi individu atau kumpulan.

Kerajaan bukan bercadang memberi tanah kepada rakyat secara 'open' iaitu setiap orang kategori B40 atau sesiapa sahaja boleh memohon tanpa tujuan asas tetapi setiap permohonan mestilah disertakan tujuan dan cadangan yang berekonomi serta mampu menjana pendapatan mereka dan kumpulan.

Oleh itu kerajaan negeri akan menimbang permohonan tersebut. Malah kerajaan akan turut membantu peserta mengusahakan tanah tersebut melalui agensi - agensi kerajaan yang berkaitan.

Untuk makluman juga, pihak kerajaan sangat  mengalu- alukan permohonan dari individu-individu atau kumpulan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek yang berkaitan dan berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pertanian.

Tanah yang telah dikenal pasti itu juga, kerajaan  bercadang memberikan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada belia-belia terutama kepada lepasan Universiti atau graduan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dan projek-projek berkaitan pertanian.

Pemohon mestilah mengenal pasti tanah yang hendak diusahakan dan permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat tanah daerah masing-masing.

Usaha yang baik dari kerajaan negeri harus diterjemahkan dengan sebaik mungkin dan ianya akan dilaksanakan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pentadbir tanah disetiap daerah di negeri Terengganu ini.

Jadi harapan admin, ISU ini sudah diperjelaskan dengan sebaik-baiknya dan kepada yang berminat boleh berbuat demikian untuk menjana pendapatan keluarga ataupun kumpulan masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017