ANNUAR MUSA TIDAK MELENTING KERANA JEMPUTANNYA DIBATALKAN ISTANA NEGARA.
Pembatalan jemputan bukanlah melibatkan beliau sahaja. Malah difahamkan, Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa juga dibatalkan jemputannya. Perkara itu turut sama terjadi kepada beberapa ahli korporat dan mantan ahli politik seperti TS Syed Mokhtar Al Bukhary, TS Rodzali Ismail, TS Mahmood Adam dan juga TS Sanusi Junid.
Sudah menjadi hak Tuan Rumah iaitu Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menjemput sesiapa yang mereka kehendaki dan begitu juga sebaliknya. Sebab musabab mengapa jemputan dibatalkan tidak perlulah rasanya kita pertikaikan. Oleh itu janganlah pula bertindak tanpa kesipuan dengan menceroboh majlis yang tidak mendapat undangan.
TS Annuar Musa wajar untuk dihormati atas sikap dan reaksinya dalam menerima kenyataan ini. Walaupun beliau berada di dalam situasi yang sama dengan Tun Dr Mahathir, beliau menerima keputusan Majlis Raja-Raja dengan hati yang terbuka. Beliau tidak melompat dan juga tidak bercadang untuk hadir juga ke majlis yang tidak diundang itu.
Malah sewaktu era Tun Dr Mahathir menjawat Perdana Menteri TS Annuar Musa adalah merupakan seorang yang menjadi 'yes man' kepada Tun Dr Mahathir. Manakan tidak apabila sanggup dilabel rakyat Kelantan sebagai 'paria Kelantan' akan tindakannya yang berselisih faham Kerabat Istana Sultan Kelantan.
Bukti Annuar Musa pernah menjadi 'yes man' kepada Mahathir. |
Pernah suatu ketika dahulu beliau dihalang masuk ke Istana Kelantan atas perbuatan derhaka tersebut tetapi TS Annuar Musa tetap dengan sikap bertenang dan seakan-akan mengakui akan kesilapannya. Tun Dr Mahathir mudah lupa kerana pada ketika itu beliaulah yang mengarahkan TS Annuar Musa untuk bertindak keatas pihak Istana.
Comments
Post a Comment