#PAU2016: GELOMBANG BIRU 2004 DI TERENGGANU KINI DI PAU 2016?
Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1999 pernah menjadi
sejarah kepada jatuhnya pimpinan Barisan Nasional, di negeri Terengganu dan
Kelantan pula masih mengekalkan pemerintahan PAS yang disandangnya setelah tiga
penggal berturut-turut gagal dirampas UMNO melalui tiket Barisan Nasional.
Rentetan
daripada kekalahan BN di Terengganu. UMNO Terengganu yang diketuai oleh Datuk
Seri Idris Jusoh bangkit untuk merampas kembali mandat pemerintahan negeri
daripada PAS. Strategi dan perancangan yang diatur perlulah memberikan impak
dan kesan yang mendalam kepada rakyat negeri Terengganu. Akhirnya terbitlah ‘Gelombang
Biru’ yang dihasilkan bagi menawan kembali pimpinan kerajaan negeri Terengganu
daripada PAS.
Alhamdulilah,
berkat dan usaha yang dibawa oleh Datuk Seri Idris Jusoh ketika itu
mendatangkan hasil apabila melihat perubahan mandat oleh rakyat negeri
Terengganu seolah-olah hampir 360 darjah. Kejayaan ‘Gelombang Biru’ ini
menyaksikan Barisan Nasional kembali menerajui pucuk pimpinan kerajaan negeri
Terengganu pada 2004 hinggalah ke hari ini.
Itulah model
atau contoh yang terbaik apabila penulis cuba menggambarkan mengenai
kebangkitan rakyat negeri Terengganu melalui slogan ‘Gelombang Biru’ yang
pernah diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang kini menganggotai Kabinet
Kerajaan Persekutuan dengan menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi.
Namun,
Perhimpunan Agung Umno 2016 seolah-olah cuba mengingatkan kepada penulis akan
kewujudan ‘Gelombang Biru’ di negeri kelahiran penulis pada suatu ketika
dahulu. Namun, sejauh manakah keberkesanan ‘Gelombang Biru’ di PAU 2016 dengan ‘Gelombang
Biru’ yang pernah menjadi malapetaka kepada PAS di Terengganu pada suatu ketika
dahulu?
Kita sedia
maklum bahawa Perhimpunan Agung UMNO adalah upacara perhimpunan tahunan besar-besaran bagi Parti orang Melayu yang terbesar
di Malaysia. Seandainya amalan yang mampu merosakkan bangsa Melayu masih lagi
diamalkan pada oleh segenap ahli pada hari ini. Malah apa gunanya sekiranya
para pembahas berdegar-degar berbahas diatas pentas tetapi kita yang menjadi
wakil rakyat pula hendak berjumpa setahun sekali belum tentu dapat dek sibuk
dengan urusan parti katanya.
Adakah para
perwakilan yang berbahas pada PAU 2016 pada kali ini benar-benar membahaskan
akan perihal orang Melayu sahaja tanpa menyentuh isu sensitiviti kaum lain? Sebenarnya
saban tahun isu yang berkaitan sensitiviti kaum dipetik dan diucapkan oleh
segelintir pembahas demi untuk mendapatkan sorakan dan tepukan gemuruh oleh
segenap ahli dewan. Sedangkan pada setiap tahun peringatan selalu diberikan
agar pembahas tidak melanggar peraturan pembahasan.
Walaubagaimanapun,
seandainya ada pembahas yang mengkritik dan mempertikaikan kepincangan pimpinan
pada hari ini, itu sebenarnya perlu dilakukan lagipun pentas perbahasan merupakan
pentas yang terbaik untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka tentang apa
yang berlaku pada hari ini. Kalau tidak dari suara akar umbi, pilihan dari
pihak manakah yang UMNO perlukan agar UMNO itu sendiri kembali ke landasan yang
benar atau sanggup untuk melayani tuntutan yang dibuat oleh Ambiga dan Maria
Chin melalui demonstrasi jalanan?
Dalam usaha untuk mengembalikan
kejayaan PRU 11, UMNO perlu turun dan duduk semeja untuk berbincang dengan
parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan serta parti dari Sabah dan Sarawak
yang bersama di bawah bendera Barisan Nasional. Lupakan sengketa dan buka buku
baru demi survival dan keberlangsungan BN.
Isu RUU 355 yang disepakati
bersama PAS perlulah diberi kefahaman secara berterusan agar perkara yang
melibatkan hukum sayarak bagi orang Islam tidak lagi menjadi polemik dalam kem
sendiri. cukuplah kita ketawa apabila melihat Pakatan Harapan yang masih
berebut takhta Perdana Menteri seandainya mereka menang dalam PRU 14 akan
datang.
Sebaiknya pimpinan sikap ‘humble’
perlu diteruskan oleh setiap pimpinan UMNO dalam supaya dilihat terus relevan
bagi mengemudi parti komponennya dalam BN. Hal ini agar dapat lagi mereka
memperkukuhkan solidariti dalam membawa ‘Gelombang Biru’ dalam PRU kali ini.
‘Gelombang Biru’ yang sedang
menjadi bahan bualan pada PRU kali ini perlu diterjemahkan oleh setiap ahli
sewaktu PRU kelak kerana semangat itu bukan sekadar ditonjol pada warna baju
yang dipakai sahaja. Sebaliknya pada semangat dan keghairahan kita dalam
perjuangan demi kembali mencapai 2/3 majoriti penguasaan di Dewan Rakyat, kerana itulah kunci kejayaan kepada 'Gelombang Biru' di negeri Terengganu sewaktu PRU 11 dahulu. Wallahualam...
Comments
Post a Comment