#FITNAHMRT: DAKWAAN RAFIZI DITANGKIS OLEH MRT CORP


Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menangkis dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan Projek MRT Lembah Klang dan menjelaskan mengapa tuduhan dibuat tersebut tidak berasas sama sekali.




Atas kekecewaan oleh Rafizi Ramli. Pihak MRT tampil menjelaskan dakwaan mengatakan Projek MRT Lembah Klang bernilai RM40 bilion sebagai “bajet asal” projek adalah tidak tepat sama sekali.
Antara dakwaan yang dibuat ialah berkaitan dengan Projek MRT Lembah Klang, adalah nilai RM40 bilion yang telah didakwa sebagai “bajet asal” projek.
“Kami ingin menjelaskan di sini bahawa nilai ini telah dinyatakan daripada cadangan yang dikonsepkan pada Tahun 2010 dan oleh itu, ia adalah tidak lagi relevan untuk digunakan sebagai perbandingan dengan Projek semasa yang akhirnya dapat direalisasikan.
“Nilai RM40 bilion adalah pada asalnya dikemukakan dalam satu cadangan sektor swasta untuk ketiga-tiga laluan Projek MRT Lembah Klang (yang akan dibina secara serentak) kepada Kerajaan pada Tahun 2010 dan ia berdasarkan nilai harga pada Tahun 2009.
“Walau bagaimanapun, kos RM40 bilion tidak termasuk tren-tren elektrik dan sistem-sistem berkaitan dan juga pengambilan tanah,” kata MRT dalam satu kenyataan pada Sabtu.
MRT kemudiaan menjelaskan selepas disemak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan sudah mengambilkira cadangan dikemukakan dan membuat perubahan pada 2010.
“Mahupun begitu, selepas ia dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Kerajaan telah mengkaji semula dan menjalankan kajian ke atas cadangan yang diusulkan.
“Kajian yang telah dibuat pada Tahun 2010 menyebabkan model bagi Projek MRT Lembah Klang berubah dengan ketara,” katanya.
Selain itu, MRT juga menafikan dakwaan Rafizi menuduh projek landasan tersebut kononnya diswastakan.
“Bertentangan dengan komen Rafizi, Projek MRT Lembah Klang seperti yang dapat kita lihat pada hari ini bukan sebuah projek yang diswastakan, ia adalah projek yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan, menerusi MRT Corp,” jelasnya lagi.
MRT juga sekali lagi menyatakan kos bagi kos pembinaan Laluan SBK adalah RM23 bilion pada 2012 dan anggaran kos pembinaan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender-tender yang telah dianugerahkan bagi pembinaan laluan.
Kesemua tender bagi kedua-dua laluan, Laluan SBK dan Laluan SSP telah dianugerahkan menerusi sistem tender terbuka.
Bagaimanapun, MRT berkata permintaan Rafizi untuk mendapatkan kos bagi Laluan 3 mustahil dapat diberikan memandangkan kajian kebolehlaksanaan bagi laluan itu sedang dijalankan dan hanya boleh diumumkan pada 2017 nanti.
“Oleh itu, adalah mustahil bagi MRT Corp untuk memberi kos anggaran bagi MRT Laluan 3.
“Sebarang nilai yang telah dilaporkan bagi MRT Laluan 3 adalah spekulasi semata-mata dan muncul dari sumber-sumber luar dan bukan dari MRT Corp. Oleh yang demikian, sebarang dakwaan bahawa nilai kos MRT Laluan 3 yang telah diumumkan oleh MRT Corp adalah salah sama sekali,” kata MRT.
MRT kemudiaan menyatakan kekecewaan ke atas tindakan Rafizi mempolitikkan isu pembinaan landasan tersebut kerana hakikatnya ia memberi manfaat banyak kepada orang ramai.
“Kami berasa kecewa dengan YB Rafizi yang cuba mempolitikkan projek yang jelas memberi manfaat kepada orang ramai. Bagaimanapun, MRT Corp akan terus memberi tumpuan bagi memastikan Laluan SBK beroperasi dengan lancar dan Fasa Kedua projek siap tepat pada waktunya.
“MRT Corp juga akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan pembinaan Laluan SSP diserahkan tepat pada waktunya dan dibina dalam kos yang telah ditetapkan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017