Posts

Showing posts from November, 2016

TANAH RIZAB ORANG ASLI KELANTAN PERLU DIWARTAKAN- KU LI

Image
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan Kelantan mewartakan sebahagian daripada tanah yang digunakan Orang Asli di kawasan parlimennya untuk masyarakat itu. Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana Orang Asli menganggap kawasan yang didiami mereka adalah tanah tradisi milik mereka. "Orang Asli bergantung kepada kawasannya dan anggap ia adalah tanah tadisi milik mereka. Tapi mereka tidak sedar di Kelantan tidak ada tanah rizab Orang Asli, tidak seperti di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. "Saya sanggup campur tangan berunding dengan kerajaan negeri... kalau boleh sebahagian tanah yang diguna (Orang Asli) dirizab agar ia tidak dicerobohi oleh sesiapa termasuk pembalak kerana ada tanah yang luas lagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran di Universiti Sains Malaysia di George Town hari ini. Tengku Razaleigh mengula

16 ORG ASLI DITANGKAP DI GUA MUSANG

Image
Bukan di Rohingya, tapi di Gua Musang Kelantan. Kemaskini Terkini Blockade 1:50pm: Orang Asli vs Kerajaan Negeri Kelantan Sehingga kini, 16 Orang aktivis Orang Asli telah ditahan PGA. Senari ditahan: 1. Azmi bin Badul 2. Ayel bin Ajib 3. Majid bin Along 4. Yusman bin Andok 5. Alang bin Along 6. Arif bin Pandak 7. Angah bin Tegau 8. Radi bin Uda 9. Manglo bin tegau 10. Jamil bin Gabon 11. Johari bin Alang 12. Saharom bin Mohamad 13. Bahari a/l Angah 14. Ismadi bin Adek 15. Malik bin Along 16. Rais bin Sudin Senarai akan dikemaskini. POLIS, PJBT HUTAN, FRU VS ORG ASLI GUA MUSANG Demi BALAK, 52% balak Kelantan daripada tempat bantahan orang asli Kelantan. Tauke balak kata 5 hari tidak operasi rugi RM50 juta! Kerajaan Negeri dijangka mengaut Keuntungan daripada Hasil Hutan sebanyak RM177.20 JUTA daripada buku Bajet 2017, sumber income paling banyak kerajaan Negeri. Demi DUIT, rakyat dan orang asli sanggup diketepikan?? 3 Kawasan Orang Asli buat sekatan

PAS GERGASI POLITIK DI MALAYSIA?

Image
Satu ketika dahulu, sejak 1955, PAS adalah gergasi politik di pihak pembangkang. PAS yang lebih banyak jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR. Kali terakhir PAS jadi Ketua Pembangkang adalah pada penggal 1999-2004, selepas itu sudah tiga penggal DAP dan PKR mendominasi PAS. PAS hanya kekal sebagai kerajaan negeri Kelantan. Manakala DAP kuasai Penang. DAP dan PKR bersama sama kuasai kerajaan negeri Selangor. Biarpun PAS banyak kerusi dalam DUN Selangor. Namun yang lebih dianggap "abang besar" di Selangor adalah DAP. ADUN PAS hanyalah ADUN kelas keempat selepas ADUN DAP, PKR dan PAN. Dulu PAS ada "group Anwarinas" dan profesional di samping kumpulan ulama. Sejak tertubuhnya PAN, hanya tinggal ulama dalam PAS. Geng Anwarinas dan profesional sudah masuk PAN. Malah PAS juga hilang 6 kerusi parlimen kepada PAN. Agenda DAP untuk memecah belah Melayu sudah berjaya. Dulu Melayu berpecah pada dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO. Sejak ada PKR, ad

DENDA RM 3000, PENJARA 2 TAHUN JIKA PONTENG SOLAT JUMAAT DI TERENGGANU

Image
YB Ghazali Taib Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam telah meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dibawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat) yang membawa hukuman maksimum denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali terhadap lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat berkuat kuasa dalam tempoh terdekat. Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pindaan ini memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di negeri ini. Hukuman ini yang disokong sebulat suara termasuk wakil pembangkang menyaksikan peningkatan ketara iaitu sebelum ini denda RM1,000 dan penjara 6 bulan dikenakan kepada pesalah yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran atau tanpa sebab munasabah. Tambahnya enakmen ini dipinda bagi meningkatkan kesedaran rakyat beraga

PASANGAN BIADAB TARIK BAJU, KEPUNG PENGUATKUASA WANITA MBSA

Image
Biadab, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kelakuan sepasang lelaki dan wanita yang menghalang tugas pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk menarik pakaian dan mengepung pegawai tersebut. Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh disebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati disaman pegawai penguatkuasa berkenaan. Mohon diambil tindakan ke atas pelaku biadap ini Melalui paparan video berdurasi 2 minit 10 saat, pasangan tersebut dilihat mengepung pegawai penguatkuasa wanita berkenaan, menarik baju, mengambil gambar dan cuba menyentuh tubuh. Kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam cuba meleraikan kejadian itu sambil diperhatikan seorang pegawai penguatkuasaan yang lain.

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017

Image
*#Bajet2017 Terengganu* *BAJET TERENGGANU 2017 : PROJEK DAN PROGRAM PENDIDIKAN* RM 42.6 Juta Untuk Pendidikan Negeri Terengganu Membangunkan ,Odal Insan Sebagai Pelaburan Jangka Panjang  Serta Memperkasakan Pendidikan RM 150 ribu - Road show karnival kerjaya dan program softskills RM 50 ribu - Latihan kemahiran kepada pelajar OKU *#Bajet2017 TERENGGANU* BAJET TERENGGANU 2017 : BANTUAN PERSEKOLAH, BANTUAN HARI RAYA, Kerajaan negeri meneruskan bantuan persekolahan dan bantuan hari raya dengan terma dan syarat yang ditetapkan *Bantuan Persekolahan* • Bantuan RM 100 seorang kepada pelajar keluarga miskin berpendapat kurang RM 2500 (penambahan daripada RM 2000) • Maksima 2 pelajar dalam 1 keluarga • RM 10 juta peruntukan dengan 100,000 pelajar mendapat manfaat *Dana Bakti Remaja* RM 20 Juta - Manfaat kepada 100,000 belia *PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN* RM 5 RIBU - KEPADA PERSATUAN BELIA AKTIF - MANFAAT 431 PERSATUAN AKTIF *#Bajet2017 TERENGGANU* *B

CAJ HOSPITAL KERAJAAN NAIK 50%?

Image
Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang. Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah. Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat. Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu. Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mer

IBU TUNGGAL KESAL KENYATAAN MEDIANYA DI PUTAR BELIT NETIZEN!!

Image
Nora Danish mendakwa ada pihak “memutar belit” kenyataannya berhubung saranan pelepasan cukai untuk penggiat seni. Kecewa dipertikaikan orang ramai susulan kenyataannya di sebuah akhbar, pelakon itu juga menegaskan beliau seorang yang patuh membayar cukai. “Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. “Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon filem Gudang Kubur di Instagramnya. Beliau juga memuatkan beberapa hashtag atau kumpulan kata kunci, termasuklah #haruslahbayarcukai dan #sayabayarcukai. Dalam wawancaranya di Utusan Malaysia, Nora dilaporkan mencadangkan LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” untuk selebriti dan artis. Kenyataan itu bagaimanapun tidak disenangi pengguna internet apabila berita ini menjadi viral. Beberapa blog membuat tanggapan seolah-olah golongan artis boleh me

TERUK!!! TUN M DIKECAM OLEH PERWAKILAN DAP PULAU PINANG

Image
"Seorang budak lelaki melihat ular yang cedera dan membawanya pulang untuk merawatnya. Selepas ia pulih, ia mematuk kanak-kanak itu. Dalam keadaannya yang nazak, budak itu bertanya kepada ular itu mengapa ia mematuknya. Kerana saya ular. Ia adalah sifat semulajadi saya untuk mematuk orang,' ular itu menjawab," kata Shamsher Shamsher berkata Dr Mahathir boleh menjadi subjek dalam perumpamaan tentang ular itu. "Kenyataan paling kurang cerdik yang pernah saya dengar (tentang Dr Mahathir) adalah 'musuh kepada musuh saya adalah kawan saya'. "Mahathir bukanlah musuh kepada musuh saya. Beliau adalah musuh saya," katanya. Shamsher turut menyoal veteran DAP sama ada mereka berasa malu apabila mereka berjabat tangan dengan Dr Mahathir. "Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang (pilihan raya umum), kita akan mendedahkan segala-galanya. "Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi bel

APA ITU 'FULL PAYING PATIENT' DI HOSPITAL KERAJAAN ?

Image
1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di H. Selayang dan H. Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital. 2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian. Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama. 3. Perkhidmatan ini seakan2 “Private Wing” di Hospital university. 4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala. Tujuan : 1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit rendah dari private. 2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan. 3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah