DENDA RM 3000, PENJARA 2 TAHUN JIKA PONTENG SOLAT JUMAAT DI TERENGGANU

YB Ghazali Taib
Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam telah meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dibawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat) yang membawa hukuman maksimum denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali terhadap lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pindaan ini memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di negeri ini.
Hukuman ini yang disokong sebulat suara termasuk wakil pembangkang menyaksikan peningkatan ketara iaitu sebelum ini denda RM1,000 dan penjara 6 bulan dikenakan kepada pesalah yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran atau tanpa sebab munasabah.
Tambahnya enakmen ini dipinda bagi meningkatkan kesedaran rakyat beragama Islam mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat. – Sumber.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017