MAHATHIR TIDAK TAHU EMPANGAN BAKUN DAHULU PERNAH DIJUAL KEPADA CHINA.

Mungkin masih ada lagi antara kita yang masih ingat akan pembinaan projek empangan Bakun ini hanpir saja menjadi projek GAJAH PUTIH. Projek yang memakan belanja RM 2 billion punya pelbagai kontroversi semasa pembinaannya. Malah isu alam sekitar juga antara yang hangat diperkatakan. Projek empangan BAKUN di Belaga, Sarawak ini sebenarnya dua kali terpaksa dihentikan berikutan kegawatan ekonomi pada tahun 1985 dan 1997. Namun, tetap juga diteruskan pembinaannya oleh Mahathir yang konon-kononnya adalah mahu membekalkan bekalan elektrik kepada warga Sarawak. Padahal hanya 30% hasil dari janakuasa empangan tersebut diberikan kepada rakyat Sarawak. Buktinya apabila wujudnya satu talian penghantar dari Tanjung Parih, Sarawak ke Tajung Tenggara, Johor yang dianggarkan sepanjang 670 KM dan kuasa voltannya adalah 500kV. Sebenarnya, selepas diambil alih pembinaan empangan ini oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2000, satu kerjasama telah pun diadakan antara Sime Darby dibawah anak syarikat ...