MAHATHIR TIDAK TAHU EMPANGAN BAKUN DAHULU PERNAH DIJUAL KEPADA CHINA.

Mungkin masih ada lagi antara kita yang masih ingat akan pembinaan projek empangan Bakun ini hanpir saja menjadi projek GAJAH PUTIH. Projek yang memakan belanja RM 2 billion punya pelbagai kontroversi semasa pembinaannya. Malah isu alam sekitar juga antara yang hangat diperkatakan.

Projek empangan BAKUN di Belaga, Sarawak ini sebenarnya dua kali terpaksa dihentikan berikutan kegawatan ekonomi pada tahun 1985 dan 1997. Namun, tetap juga diteruskan pembinaannya oleh Mahathir yang konon-kononnya adalah mahu membekalkan bekalan elektrik kepada warga Sarawak.

Padahal hanya 30% hasil dari janakuasa empangan tersebut diberikan kepada rakyat Sarawak. Buktinya apabila wujudnya satu talian penghantar dari Tanjung Parih, Sarawak ke Tajung Tenggara, Johor yang dianggarkan sepanjang 670 KM dan kuasa voltannya adalah 500kV.

Sebenarnya, selepas diambil alih pembinaan empangan ini oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2000, satu kerjasama telah pun diadakan antara Sime Darby dibawah anak syarikat sendiri iaitu Sime Darby Engineering Berhad dengan Sino-Hydro Corporation iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Pada tahun 2003,Ironiknya semasa kali ketiga pembinaan empangan ini, Gulf International Investment Group(GIIG) pula berhasrat untuk membeli empangan ini sebanyak RM 500 juta bersamaan dengan 60% jumlah keseluruhan kos pembinaan projek ini. Menariknya, GIIG ini adalah milik Syed Mokhtar Al Bukhary dan Muhamad Ali Al-Abbar dari Dubai. Tujuannya adalah untuk sumber elektrik kilang peleburan aluminium mereka di Simalajau. Akhirnya rancangan mereka tidak menjadi kenyataan akibat kelewatan pembinaan.

Mungkin Mahathir sebenarnya berhasrat mahu meletakkan empangan Bakun ini sama hebatnya seperti empangan Tiga Gaung di Sungai Yangtze, China. Walaubagaimanapun fikirlah dahulu nasib penduduk setempat yang terpaksa mencari penempatan baru selepas tanah asal mereka ditenggelamkan oleh tasik empangan. Paling menyedihkan apabila 9000 orang terpaksa berpindah.

Timbul satu persoalan apabila KlCC mampu disiapkan ketika kegawatan ekonomi 1997, mengapa pembinaan empangan Bakun kembali dihentikan pada tahunyang sama? Yang manakah lagi penting untuk rakyat sebenarnya?

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK