BR1M TIDAK BERFAEDAH BUAT RAKYAT??
Tidak dinafikan bahawa kewujudan BR1M sedikit sebanyak dapat menampung peningkatan kos sara hidup walaupun tidak secara keseluruhan. Melainkan jika penerima BR1M itu sendiri menggunankan wang tersebut untuk membeli barang kehendak. Sudah tentu manfaat BR1M ini dapat dirasai oleh golongan miskin dan miskin walaupun pada awal rancangannya adalah untuk kumpulan B40 sahaja iaitu, golongan bekerja yang berpendapatan bawah RM 3900 sahaja sebulan. Hal ini adalah kesan daripada rasionalisasi subsidi yang kamu panggil penarikan subsidi harga barangan keperluan oleh kerajaan. Tahukah kita bahawa hampir RM80 billion setiap tahun dibelanjakan untuk subsidi barangan keperluan? Dalam konsep ekonomi hari ini kerajaan tidak mampu untuk membendung peningkatan kos sara hidup secara keseluruhan. Namun membantu golongan sasaran yang perlu dibantu sudah memadai daripada langsung tidak melakukannya. Namun pada Mahathir yang punya harta tidak habis memanglah BR1M itu langsung tiada manfaat buat di...