PERHIMPUNAN ANTI KLEPTOKRASI YANG GAGAL UNTUK BEKAS PENGAMAL KLEPTOKRASI(MAHATHIR)


Tanggal 14 Oktober  2017 akhirnya terpahatlah satu sejarah buat Pakatan Harapan apabila mereka kononnya berjaya menganjurkan satu himpunan di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya pada petang semalam. Penulis juga antara yang meluangkan masa untuk menyaksikan himpunan yang tidak mampu memenuhi segenap ruang yang ada di Padang MBPJ, padahal cuaca langsung tidak menunjukkan mendung ataupun hujan.

Bertemakan baju warna kononnya hendak menyaingi Himpunan Merah yang pernah dikepalai oleh Jamal Yunos pada dua tahun lepas pun masih dikira gagal jika diikutkan, walaupun berpuluh buah bas sudahpun dikerah oleh pengajur(Pakatan Harapan) untuk memenuhi Padang Timur MBPJ. Pendek kata, ibarat langit dengan bumi lah jika hendak dibandingkan, apatah lagi dengan siri himpunan FASTAQIM yang dianjurkan.


Pada pandangan penulis anggaran kehadiran penyokong Pakatan Harapan jauh daripada apa yang  dianggarkan sendiri oleh mereka iaitu seramai 100, 000. Namun yang hadir hanyalah sekitar 2000-3000 sahaja hingga ke malam. Ya, padang memang masih berlecak dek kerana hujan sejak seminggu yang lepas, tetapi pihak ‘emcee’ sudah berkali-kali mengajak peserta yang hadir untuk memenuhi ruang padang namun tetap tidak dihiraukan. Barangkali mungkin penyokong mereka sendiri sudah lali dengan apa yang berlaku pada setiap perhimpunan sebegini dianjurkan.

Apa yang menarik sangat tentang himpunan kali ini sebenarnya selepas Bersih5 adalah yang terakhir pada tahun lepas? Sebenarnya semuanya “clichĂ©” dan hanyalah “remake” sahaja daripada siri himpunan Bersih yang dianjurkan Ambiga. Cumanya kali ini mereka terus berhimpun secara static tanpa berarak dari mana-mana tempat ke lokasi, kalau ada pun hanyalah dalam kumpulan kecil sahaja dari A&W dan Amcorp Mall sahaja yang sememangnya tersangatlah dekat dengan lokasi berhimpun.

Selain itu, bukan perhimpunan namanya jika tak dengar orang berucap cuma bait ayat dan kata yang dikeluarkan sekadar retorik orang politik sahaja, lebih-lebih jika yang bercakap itu Zuraidah Kamaruddin dengan suara seperti tomboy yang bercakap soal intergriti. Masih ingat lagikah kita akan apa yang pernah berlaku pada orang suruhannya iaitu Adam Rosly?

 Kini jumlah kehadiran peserta di himpunan tersebut sedang menjadi teka teki oleh setiap pengamal media, malah surat khabar Harakah pun menganggarkan hanya 1500 sahaja yang hadir. Bukankah itu satu tamparan buat Pakatan Harapan oleh bekas sekutunya? Namun pada penulis Pakatan Harapan masih jauh lagi hendak menarik sokongan selagi mereka mengharapkan Rafizi dan penyokong PAS sahaja untuk bersama mereka. Sedihnya apabila Rafizi sendiri tidak kelihatan ataupun penulis tidak Nampak kehadirannya. Wallhualam..

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017