#SEKADARPANDANGAN: MANIFESTO "COPY PASTE" PH SEKADAR RETORIK POLITIK.
Sudah masuk hari kedua selepas pelancaran Manifesto oleh Pakatan Harapan, tapi seperti yang dilihat bahawa Manifesto ketika mereka menjadi Pakatan Rakyat jauh lebih relevan berbanding dengan Pakatan Harapan. Lagipun daripada '10 janji' yang ditawarkan kebanyakan sudahpun kerajaan UMNO/BN laksanakan, pendek kata mereka hanya 'copy paste' sahaja daripada polisi dan dasar yang telah lama dilaksanakan, cuma sekadar mengubah nama untuk dilihat kemas di mata media dan pengundi atas pagar. 1. Baiklah, manifesto 'copy paste' seperti yang aku cakap adalah berkenaan dengan pengenalan KWSP kepada golongan suri rumah. Sebenarnya caruman KWSP kepada golongan suri rumah sudah lama KWSP laksanakan, iaitu semenjak tahun 2010 lagi melalui pembentangan Bajet 2010. Boleh dikatakan golongan suri rumah sudah lama mencarum dalam KWSP, sejak diperkenalkan pada tahun 2010, sebanyak RM 13.2 juta sudah dicarumkan oleh 14,786 suri rumah. Maka apa 'indicator' baharu yang mah...