#SEKADARPANDANGAN: MANIFESTO "COPY PASTE" PH SEKADAR RETORIK POLITIK.


Sudah masuk hari kedua selepas pelancaran Manifesto oleh Pakatan Harapan, tapi seperti yang dilihat bahawa Manifesto ketika mereka menjadi Pakatan Rakyat jauh lebih relevan berbanding dengan Pakatan Harapan. Lagipun daripada '10 janji' yang ditawarkan kebanyakan sudahpun kerajaan UMNO/BN laksanakan, pendek kata mereka hanya 'copy paste' sahaja daripada polisi dan dasar yang telah lama dilaksanakan, cuma sekadar mengubah nama untuk dilihat kemas di mata media dan pengundi atas pagar.

1. Baiklah, manifesto 'copy paste' seperti yang aku cakap adalah berkenaan dengan pengenalan KWSP kepada golongan suri rumah. Sebenarnya caruman KWSP kepada golongan suri rumah sudah lama KWSP laksanakan, iaitu semenjak tahun 2010 lagi melalui pembentangan Bajet 2010. Boleh dikatakan golongan suri rumah sudah lama mencarum dalam KWSP, sejak diperkenalkan pada tahun 2010, sebanyak RM 13.2 juta sudah dicarumkan oleh 14,786 suri rumah. Maka apa 'indicator' baharu yang mahu dilaksanakan oleh PH berkenaan dengan caruman KWSP untuk suri rumah? Potong gaji suami yang juga pencarum KWSP?

2. Bermula dari tahun 1981 hingga ke tahun 2003 adalah tempoh masa yang diberikan kepada Mahathir untuk merangka pelbagai jenis dasar dan polisi di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam tempoh 22 tahun, sepatutnya isu berkenaan dengan hak Pribumi di Sabah dan Sarawak sudah lama dibereskan. Malah perkara ini tidak perlu diletakkan dalam manifesto pun sebenarnya, malah sewaktu Mahathir memerintah dahulu kemajuan apalah sangat yang dapat dirasai oleh Pribumi Sabah dan Sarawak berbanding dengan Najib Razak. Sebenarnya pimpinan dibawah kerajaan Najib Razak sudah lama menubuhkan Jawatankusa untuk mengkaji hak penduduk Sabah Sarawak, malah perbincangan dengan golongan profesional dari dua buah negeri juga sudah lama diadakan.

3. Sejak kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat lagi sebenarnya isu "free education" sudah dijaja oleh PH. Malah dalam setiap himpunan Bersih mesti akan diangkat juga poster yang menuntut perlaksanaan pendidikan percuma di Malaysia. Sememangnya ada diletakkan dalam Bajet Alternatif 2018 PH, tetapi apabila dibentangkan dalam manifesto, hanya mahu menangguhkan dahulu pembayaran PTPTN sehingga bergaji RM 4000 dahulu sebulan. Maka PTPTN tidak akan dihapuskan hanya ditangguhkan sahaja. Kiranya apa yang dijaja selama ini hanyalah satu temberang sahaja untuk menarik pengundi atas pagar. Tidak hairanlah jika kebelakangan ini hanya pandai buat 'u-turn' sahaja.

4. Janji "copy paste" oleh PH antara lain ada menyebut berkenaan dengan menghapuskan hutang peneroka FELDA. Umum diketahui bahawa segala hutang yang perlu dibayar oleh peneroka kepada FGV sudah lama dihapuskan. Hal ini diumumkan sendiri oleh YAB PM pada sambutan Hari Peneroka Kebangsaan tahun lalu. Sebenarnya sudah tiada isu atau sentimen berkenaan dengan FELDA yang perlu dipolitikkan, malah tanah milik FELDA yang hilang di Jalan Semarak pun sudah kembali menjadi hak milik FELDA. Apapun syabas dan tahniah kepada TS Shahrir Samad atas kejayaan menyelamatkan kembali maruah FELDA. Malah dibawah usaha perjuangan beliau juga, beberapa negara kuasa besar EU menyatakan untuk tidak memulaukan eksport sawit Malaysia ke Eropah.

Kesimpulannya, kalau buat manifesto pun sekadar tiru benda yang sudah lama wujud, maka tidak hairanlah apabila Mahathir pun mereka sanggup kembali angkat untuk menjadi calon Perdana Menteri. Sedangkan Muhyiddin yang berpengalaman dalam kabinet tidak pula mereka hiraukan. Percayalah bahawa Dr. Ong Kian Ming tidaklah bengap dalam membuat perancangan dan hala tuju parti mereka. Malah Ong Kian Ming juga antara figura yang aku hormati dalam pembangkang disebabkan pandangan dan pemikiran beliau jauh lebih tinggi berbanding Rais Hussin yang merupakan 'strategeist' PPBM tetapi beli ikan kembung pun kena tipu dengan peniaga, kemudian salahkan kerajaan naikkan harga. Wallahualam

#HZ

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017