#PRKPERMATANGPAUH: PERTEMBUNGAN EMPAT PENJURU BAGI MEREBUT KERUSI PARLIMEN #P091
Berakhirnya proses penamaan calon sebentar di IKBN Bukit Mertajam.
Maka wujud persaingan 4 penjuru pada PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini
membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua
calon bebas.
Antara calon
yang bertanding ialah, Suhaimi Sabudin(BN), Wan Azizah (PKR), Azman Shah Othman
(Bebas) dan Salleh Ishak (Bebas). SPR menetapkan 7 Mei depan sebagai hari
pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, sementara pengundian awal akan
diadakan pada 3 Mei ini.
Kerusi
Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga
Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.
Pada 16 Mac lalu, Lembaga
Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
didapati bersalah dan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan 10 Mac
lalu kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan
pada 2008. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan
Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka. SUMBER
Comments
Post a Comment