Posts

Showing posts from February, 2017

HUBUNGAN MALAYSIA DAN ARAB SAUDI, APA KITA DAPAT?

Image
Untung buat kawan-kawan kita nanti jika dapat tawaran kerja di RAPID Pengerang bila Loji Penapisan Minyak dan Kompleks Petrokimia siap dibina pada 2019 kelak. Lebih-lebih lagi apabila Arab Saudi melalui Aramco mendanai projek tersebut sebanyak USD 7 Billion. Mana tak ya apabila projek yang memakan belanja sebanyak USD 27 billion ini akan menyimpan 300,000 tong sehari dengan penghasilan sebanyak 7.7 juta tan metrik. Manakala, bakal jemaah Haji pula akan mendapat tambahan kouta sebanyak 30,000 untuk jemaah Haji tahun ini. Lagipun semenjak pengubahsuian Masjidil Haram di Mekah pada tahu ln 2013. Jumlah kouta yang diberikan terpaksa dikurangkan dengan hanya 22,320 sahaja berbanding 27,800 sebelum diubahsuainya Masjidil Haram. Harapannya agar kita ambillah mana-mana peluang yang ada ni, semoga bermanfaat kepada kita semua. Sumber: 1) http://www.channelnewsasia.com/news/business/malaysia-s-petronas-saudi-aramco-to-enter-us-7b-oil-refinery/3553358.html 2)http://www.freemalaysiato...

USTAZ YA DAGANG CEMBURU DENGAN DR KHAIRUDDIN?

Image
Ustaz Ya Dagang Kenapa Tak Buat Ceramah? Bising betul mulut celupar Zakaria Dagang suatu masa dahulu kononnya ADUN Seberang Takir ketika itu membeli beberapa buah kereta. Sikap iri hati ini wujud apabila beliau telah beberapa kali tewas pada pilihanraya di DUN Seberang Takir membawanya ke pentas ceramah didalam rumah Pok Harun belakang rumah ADUN Seberang Takir tersebut. Dihentamnya Ahmad Razif bertubi-tubi, pembesar suara dipasang maksima dihala terus ke tingkat rumah ADUN tersebut yang sedang berduka kerana ayahandanya(kini arwah) sedang sakit ketika itu. Dengan penuh kesabaran, Ahmad Razif meneruskan kehidupan walaupun aib dihina membawa cita-cita merubah Terengganu ke era baru. Cemburunya Ya Dagang sehinggakan ADUN Seberang Takir membina rumah baru diatas runtuhan rumah usang dipenuhi anai-anai juga dijadikan isu ceramah. Beberapa minggu ini media-media maya dipenuhi dengan kisah seorang Datin yang menerima hadiah sebuah Q7 yang dikatakan bernilai menghampiri setengah...

APA ITU RUU355?

Image
BERIKUT  merupakan fakta penting mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). 1) Terhad kepada Umat Islam Bidang kuasa Mahkamah Syariah Terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang Bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam. 2) Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1; Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri. Butiran 1 juga menetapkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara ber‎kaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. 3) Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan- Akta 355. Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-Undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hu...

MEGADETH LIVE IN MALAYSIA

Image
Kumpulan heavy metal berpengaruh dari Amerika Syarikat, Megadeth, bakal mengadakan persembahan sulung di sini, pada 4 Mei depan. Konsert Megadeth Live in Malaysia anjuran IME Malaysia itu dijadualkan berlangsung di Stadium Negara, jam 8 malam. Tarikh persembahan mereka di negara ini diumumkan selepas kumpulan itu terlebih dulu mengesahkan kemunculan di Manila, Filipina, pada 29 April dan di Singapura, 2 Mei. Pada 7 Mei pula, siri jelajah mereka di Asia diteruskan di Jakarta, Indonesia.  "Kuala Lumpur antara kota yang kami idamkan untuk mengadakan persembahan apabila menjelajah Asia," kata ketua kumpulan itu, Dave Mustaine, menerusi kenyataan dikirimkan.  Siri jelajah berkenaan diadakan bersempena kemunculan album terkini mereka, Dystopia. Album itu menerima ulasan positif daripada pengkritik dan peminat, malah dianggap antara karya terbaik daripada kumpulan berkenaan.  Dystopia turut mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Lagu Metal Terbaik pada Anugerah...

HINA KE JUAL SAHAM PROTON KEPADA GEELY?

Image
Dalam tak sedar sudah pengeluar kereta terkemuka di dunia ini bukan milik mereka 100%. Sila rujuk gambar ini. Lagi hina pada orang kaya yang guna Land Rover dan Jaguar. Mungkin dia ingat kedua produk itu masih kepunyaan British, walhal ianya sudah lama dimiliki oleh Syarikat Tata dari India. Samalah seperti Ducati dan Lamborghini yang dulunya gah milik Itali tetapi hari ini yang mengawalnya adalah sebuah syarikat 'automotif' yang berpangkalan di Wolfsburg, Jerman. Nama syarikat itu ialah Volkswagen, pada masa yang sama juga memegang saham Porsche, Audi, Skoda dan Bentley. Volvo suatu ketika dahulu adalah kebanggaan bagi rakyat Sweeden. Namun ia pernah lesu akibat daripada krisis persaingan di Eropah yang menyaksikan Mercedes dan BMW menguasai hampir seluruh Eropah. Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa Volvo ini adalah tahan lasak berbanding dengan BMW yang kerap minta untuk dibaiki. Geely juga kini mempunyai pegangan saham yang besar dalam Volvo dan memberi suntik...

HARGA MINYAK BUKAN DIKAWAL KERAJAAN, TETAPI OPEC

Image
Semenjak dari tahun 1960 lagi naik turun harga minyak bukan dibawah kerajaan negara masing. Ini berikutan daripada kewujudan OPEC yang terdiri daripada Arab Saudi, Iraq, Venezuela, Kuwait dan Iran. OPEC ditubuhkan adalah untuk menentukan kadar harga minyak bagi negara-negara yang berurus niaga dengan mereka. Baca Disini:  http://www.investopedia.com/terms/o/opec.asp Sumber: Investopedia.com Malaysia bukanlah negara ahli dalam OPEC sebaliknya adalah negara ahli OPEC yang menjadi pilihan Malaysia untuk  membeli minyak daripada mereka. Contohnya: Arab Saudi. Maka urus niaga minyak ini adalah berdasarkan kepada graf Crude Oil Brent.(Rujuk disini:  http://www.nasdaq.com/markets/crude-oil-brent.aspx ) Berbeza dengan Amerika Syarikat yang menggunakan West Texas Intermidate(WTI), kerana dagangan minyak mentah oleh Amerika Syarikat adalah tidak berdasarkan Crude Oil Brent. (Rujuk disini:  http://www.indexmundi.com/commodities/… ) Meningkatnya harga p...