Posts

Showing posts from May, 2017

ASALNYA UMP DAHULU ADALAH MEC CIPTAAN MAHATHIR YANG LAMA BANGKRAP

Image
MEC ini secara rasminya memulakan operasinya pada 13 Mac 1997 di atas tanah yang berkeluasan 3000 hektar di Gambang. Nama panjang MEC ini adalah Malaysia Electronics Corporation. Selepas dirasmikan Tun Mahathir, MEC ini sebenarnya mahu bersaing dalam pasaran elektronik dengan jenama asing yang sudah lama 'established' seperti Panasonic, Samsung, Sony dan Toshiba. Maka diadakan pula kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bagi melariskan barangan eletronik MEC. Pada ketika ini syarikat-syarikat pengeluaran elektronik banyak yang berpangkalan di Malaysia, boleh jadi ini adalah kesan 'Dasar Pandang Ke Timur' oleh Tun Mahathir. Namun apa gunanya jika hasilkan barangan keluaran sendiri tetapi harga lebih mahala dan kualiti sangat teruk berbanding dengan produk Jepun dan Korea Selatan. Sebenarnya barangan keluaran MEC di MEC City ini juga adalah sekadar meniru sahaja seperti mana yang dikeluarkan oleh jenama-jenama seperti Panasonic dan National sebelum ...

PROTON KINI MILIK CHINA??

Image
Sebilangan orang kita senang dipancing. Letak sahaja tajuk “China’s Geely to Acquire Proton”, “Proton di tangan China” dan letak gambar PM di sebelah, maka reaksi orang kita akan jadi “Woi! Semua nak jual dekat China, lepas ni nak jual apa lagi???!!!” Kecelaruan minda berlaku apabila media tidak profesional dalam mengguna istilah ekonomi dan perniagaan, dan pembaca tidak kritikal terhadap maklumat yang diterima. Ada beza antara “merger”, “acquisition”, “strategic alliance” dan “joint venture”. “Merger” itu penggabungan dua syarikat untuk membentuk syarikat yang baru. Contoh “merger” adalah seperti DaimlerChrysler hasil penggabungan Daimler (Jerman) dan Chrysler (Amerika). “Acquisition” ialah pembelian sebuah syarikat oleh syarikat yang lain, contohnya seperti pembelian Lotus (UK) oleh Proton (Malaysia). “Acquisition” berlaku apabila syarikat pembeli mempunyai “controlling stake” atau majoriti saham. Semasa Proton membeli Lotus pada tahun 1996, Proton mempunyai 80% pegangan ...

FARIZ IZWAN AMBIL KESEMPATAN NASIB GURU YANG DITIPU YBNT. #ANOKTRANUNG #MBRAZIF #YBNT

Image
YBNT yang beribu pejabat dekat bandar Jerteh itu langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri. Hendak dikaitkan dengan MB pun langsung tiada kaitan kerana YBNT itu adalah yayasan persendirian. MB nampak bila apa yang dibuat oleh YBNT itu adalah bagus dan bermanfaat beliau sokong. Begitulah juga dengan JPNT yang berkerjasama dengan YBNT untuk menghantar para guru pergi buat umrah. Tetapi dengan harga pakej RM3000 sahaja sudah tentu tidak masuk akal, namun harga sebanyak itulah yang ditawarkan YBNT. Sebenarnya tiada satu pun surat perkeliling oleh JPNT yang mewajibkan setiap guru untuk pergi umrah bawah YBNT. RM 14.2 juta yang dilesapkan oleh YBNT itu adalah duit para guru yang terpengaruh dengan penipuan YBNT yang ditubuhkan oleh Mohd Adam dari Kampung Apal. Dalam isu ini menuduh JPNT bersubahat dengan YBNT  itu adalah satu fitnah. Namun JPNT perlu memberikan jawapan yang konkrit agar nasib guru yang ditipu oleh YBNT terbela. Peguam Fariz Izwan Mustapha ini adalah anak kep...

OPERASI LALANG 1987, ISA DAN KUASA HEGEMONI MAHATHIR TERHADAP RAKYAT.

Image
Hasrat Mahathir pada awal penguasaa beliau sebagai Perdana Menteri juga adalah untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gila mencari sesiapa sahaja mahu cuba  menentang kerajaan. Usaha itu bermula apabila seramai 170 orang tahanan Kem Kamunting dibebaskan termasuklah, Kassim Ahmad yang merupakan rakan karib kepada Mahathir hingga ke hari ini. Namun usaha yang diimpikan oleh Mahathir itu hanyalah sekerat jalan sahaja oleh kerana wujudnya pelbagai isu dalaman dan luaran yang dihadapi Mahathir. Malahan lebih teruk lagi apabila 6 tahun pertama beliau sebagai Perdana Menteri juga menghadapi pelbagai rintangan. Antaranya ialah: 1. Isu sensitiviti kaum (Bantahan Pembangunan di Bukit Cina) 2. Kristianisasi orang Melayu 3. Kemunculan Marxist dan kembalinya PKM 4. Bantahan mahasiswa UM terhadap penggunaan Bahasa Melayu 5. Agenda politik qqDAP 6. Tragedi Oktober (Bantahan orang Cina terhadap guru yang tidak bertauliah Bahasa Mandarin ke SRJKC) 7. Rusuhan Kaum ...

PROGRAM 'RIG TO REEF' IMBUHAN BARU KEPADA NELAYAN PESISIR PANTAI TERENGGANU.

Image
1.        Di Marang, Terengganu pada hari ini (4/5/2017) telah dirasmikan satu projek baharu oleh PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang dinamakan sebagai ‘rig to reef’. Sememangnya projek jarang kita dengar akan projek tukun ini kerana apabila ia melibatkan syarikat petroleum. 2.        Projek ‘rig to reef’ atau R2R yang pertama adalah di Gulf of Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1984 dimana inisiatif kepada projek ini adalah untuk mengitar semula bahan-bahan dari pelantar minyak akan ditenggelamkan menjadi tukun. Tujuan kepada usaha ini adalah untuk memastikan kualiti hidupan marin akan terus terjamin selain memberikan hidupan marin satu habitat baru untuk menambah pembiakannya. 3.        Di Amerika Syarikat projek ‘rig to reef’ yang dikendalikan oleh Bureau of Safety and Environmental Enforcement (BSEE) ini menelan belanja hampir  USD800 ribu per satu st...