PROGRAM 'RIG TO REEF' IMBUHAN BARU KEPADA NELAYAN PESISIR PANTAI TERENGGANU.
1.
Di Marang, Terengganu pada hari ini (4/5/2017) telah
dirasmikan satu projek baharu oleh PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Perikanan
Malaysia (DOF) yang dinamakan sebagai ‘rig to reef’. Sememangnya projek jarang
kita dengar akan projek tukun ini kerana apabila ia melibatkan syarikat
petroleum.
2.
Projek ‘rig to reef’ atau R2R yang pertama
adalah di Gulf of Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1984 dimana inisiatif
kepada projek ini adalah untuk mengitar semula bahan-bahan dari pelantar minyak
akan ditenggelamkan menjadi tukun. Tujuan kepada usaha ini adalah untuk
memastikan kualiti hidupan marin akan terus terjamin selain memberikan hidupan
marin satu habitat baru untuk menambah pembiakannya.
3.
Di Amerika Syarikat projek ‘rig to reef’ yang
dikendalikan oleh Bureau of Safety and Environmental Enforcement (BSEE) ini
menelan belanja hampir USD800 ribu per
satu struktur. Walaupun seakan-seakan tinggi kos implemetasiannya, namun kos
untuk Penyelidikan dan Pembangunan bagi tujuan kajian terhadap kajian hidupan
marin dapat dijimatkan sebanyak 50 peratus kerana kewujudan taman laut melalui
R2R ini.
4.
Di Malaysia pula projek ini dikendalikan oleh
Deparment of Fishery (DOF) dengan kerjasama PETRONAS bermula pada tahun 2004
dengan melupuskan pelantar minyak Baram-8 di perairan Sarawak. Pelantar di perairan Sarawak ini dinyahtauliah
pada 1975 akibat kerosakan daripada kejadian ribut yang merosakkan pelantar
tersebut dan akhirnya dijadikan perintis
kepada R2R di Malaysia pada tahun 2004.
5.
Melalui peruntukan DOF sejak tahun 2006 lagi
sebanyak RM10.8 telah diperuntukkan untuk membangunkan tukun tiruan di
Terengganu. Projek ini telah menempatkan 1,147 unit tukun di 27
tapak di sekitar pesisiran pantai Terengganu. Sudah tentu projek yang sebegini
akan memberi manfaat kepada 6500 nelayan pesisir pantai di Terengganu.
6.
Namun usaha strategic dengan PETRONAS ini
sememangnya julung diadakan selepas kejayaan Baram-8 (BA8) di Sarawak. Impaknya
sudah tentulah akan pertambahan hasil laut yang bakal didaratkan kelak apabila biodiversity
hidupan marin semakin ditingkatkan.
Sumber: a) http://www.rig2reefexploration.org/read-me/
Teknik yang digunakan untuk R2R:
1. Tow and replace |
2. Topper in place |
3. Partial remove |
Comments
Post a Comment