PAKATAN HARAPAN SEMAKIN CACA MERBA, AZMIN TUDUH AMANAH TIDAK AMANAH!!
Dalam keadaan tarikh Pilihan Raya Umum 14 masih menjadi
teka-teki, Pakatan Harapan pula semakin hari semakin berantakan walaupun baru
sahaja selesai berkonvensyen di Shah Alam pada awal Januari tahun ini.
Rupanya, disebalik kerusi Parlimen yang telah dibahagikan
kononnya secara saksama, isu yang timbul adalah pembahagian kerusi DUN di
Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini selaku wadah informasi yang
sahih oleh pembangkang, Azmin Ali baru sahaja menemplak akan PEMBOHONGAN oleh
Parti Amanah di negeri Selangor.
Sebenarnya pertemuan antara pimpinan PH negeri Selangor
sudah empat kali diadakan, pastinya dalam pertemuan ini ada dirundingkan
tentang pembahagian kerusi. Tetapi Azmin mengesahkan bahawa masih terdapat
permintaan, mereka mahu focus kepada pembahagian kerusi pula.
Bak kata Azmin, ‘sudah lebih 80 peratus’ telah diputuskan
setakat ini. Selain itu, mengharapkan keputusan 100 peratus rundingan kerusi
empat bulan sebelum pilihan raya adalah perkara yang tidak tepat.
Pendek kata, bab pembahagian kerusi tak PH yang menjadi
punca gaduh, lagikan UMNO pun sama dua kali juga, itulah sampai ada yang tutup
pos sepanjang PRU. Beza dengan PH adalah perkara remeh sebegini tidak boleh
dibawa berbincang, alamatnya kalau kekal berebut kerusi hingga tahu bila tarikh
PRU, takkanlah orang UMNO masih nak dua kali lima???
Comments
Post a Comment