Posts

Showing posts from January, 2017

ANNUAR MUSA DIGANTUNG TUGAS PENGERUSI MARA

Image
Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta. Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat MARA, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama. Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku oleh Dr Yusof.

TUKAR SAIFUL BAHARI ATAU PAN GANTI PAS!!

Image
Berulang kali sudah perkara yang sama berlaku dan ianya terus berlaku di dalam jemaah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mana dilihat menjadi liability kepada presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Kenyataan demi kenyataan facebook yang dimuat naik oleh Saiful Bahri Mamat Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu hanya mengundang aib dan malu sendiri. Yang terbaru(semalam), isu berkaitan pokok yang telah disumbangkan oleh kontraktor untuk landskap Bandar Baru Kuala Nerus turut menjadi baham FITNAH PJ Pas Terengganu yang juga ADUN Paka. Sebelum ini sudah beberapa kali kantoi membuat fitnah yang turut dimuatnaik dalam akaun FB Ustaz Saitifu Bahri Mamat tetapi tidak pernah jemu untuk menabur fitnah kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya. Bercakap dihadapan ahli-ahlinya bahawa, kita sebagai seorang umat Islam yang taat kepada perjuangan PAS, jangan kita sesekali lalai dengan ajaran Islam yang diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad SAW. Akan tetapi percakap beliau tidak sama dengan

SKANDAL BMF YANG PERNAH MENGHANTUI MANTAN PM

Image
BMF Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong. Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup. Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan. Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan t

TRUMP PECAT 80 ORANG DUTA BESARNYA

Image
Sejurus mengangkat sumpah sebagai Presiden Ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memecat semua dutanya di luar negara dan tiada senarai pengganti disediakan. Trump mengarahkan semua dutanya di seluruh dunia, yang dilantik bekas Presiden Barack Obama, meninggalkan pejabat menjelang tengah hari tanpa memberikan tempoh penangguhan. Pasukan peralihan Trump dilaporkan berkata pada 23 Disember lalu, ‘tiada lagi pengecualian’ bagi duta untuk meminta melanjutkan perkhidmatan, selepas majlis angkat sumpah presiden, berbanding yang dilaksanakan presiden sebelum ini. Arahan juga tertakluk kepada duta yang mempunyai anak kecil. Bagaimanapun, kebiasaannya duta yang dilantik secara politik akan meletak jawatan pada permulaan pentadbiran baharu tetapi tanpa senarai pengganti adalah perkara baharu. Seramai 80 duta dilantik ke sesebuah negara, agensi dan isu seperti duta bagi isu wanita global, dipecat. Tindakan itu menyebabkan AS tidak mempunyai wakil yang disahkan Senat selama beberapa bulan,

‘FLIP-FLOP’ MAHATHIR DAN PENGIKUTNYA TENTANG GST DAN BR1M.

Image
Good and Service Tax 1.        ‘Good and Serice Tax’ satu masa dahulu juga mendapat respon positif dari mereka yang tahu dan faham akan pengiimplementasian sistem cukai ini. 2.        Termasuk Tun Dr. Mahathir yang turut sama bersetuju akan GST diimplementasikan. 3.        Bersetujunya Tun M akan GST ini semakin menghilang selepas kini Tun M mula bersama dalam pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kekuasaan yang dibinanya suatu ketika dahulu. 4.        Walhal semasa GST dipertikai akan cara penagamalannya, pengikut mereka juga turut bersama dengan agensi kerajaan yang lain memberikan penerangan tentang GST. 5.        Termasuklah JASA, BTN, PMO dan Jabatan Penerangan Malaysia. 6.        Tetapi penerangan dari ‘page’ SSTDM lebih mendapat sambutan dan lebih difahami kerana penyampaiannya sangat ringkas dan tepat, padat. 7.        Malah dahulu mereka lah juga yang seolah-olah bertindak seperti ‘frontliner’ kepada kerajaan dahulu. Masakan tidak waktu tu Tun M pun t

RAFIZI MENGARUT DAN 'PONTLESS' DALAM ISU MRT.

Image
Maka disini aku hidangkan ringkasan kronologi serangan Rafizi dalam melawan projek MRT Malaysia; 1. Ianya bermula pada 2012 dimana Rafizi menyatakan kos projek MRT akan meningkat kepada 100 billion dari 36 billion anggaran asal dan beliau masih mempertahankan kenyataan beliau itu. http://m.malaysiakini.com/news/202540 Pada Dec 2016 PM dan pihak MRT telah mengumumkan projek MRT (fasa 1 dan 2) menelan kos sebanyak 21 billion dengan penjimatan sebanyak 2 billion untuk keseluruhan 51km. Anda nilaikan sendiri dan dibawah kenyataan MRT Corp; http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/18/mrt-corp-denies-rafizi-claim-on-rm100-bllion-cost/ 2. Seterusnya Rafizi membuat putaran halilintar dengan menjelaskan bahawa pengumuman kos 21 billion oleh PM itu jelas menunjukkan projek MRT itu telah menelan kos yang terlalu tinggi (katanya) untuk 21 km iaitu sebanyak 1 billion per km dan beliau inginkan perjelasan dari PM! https://m.malaysiakini.com/news/366407 Tapi fakta sebenar

TINDAKAN INVOKE JELAS MENCABULI HAK DEMOKRASI

Image
Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian 03-78902700 untuk menjalankan kajian terhadap sokongan parti politik dikritik termasuk bertanyakan soalan yang dianggap sensitif seperti pilihan parti politik pada pilihan raya umum dikritik banyak pihak. Salah seorang responden yang menghubungi  Selangor Press   mendakwa kajian dilakukan CPI itu merupakan cubaan mencabuli hak demokrasi mereka untuk memilih mana-mana parti politik tanpa perlu diketahui pihak lain. Malah menurut responden terbabit, cara kajian itu dijalankan juga mengelirukan apabila pihak yang menghubunginya memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah parti politik, namun hasil semakannya mendapati bahawa dakwaan pihak tersebut tidak benar memandangkan parti politik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam kajian terbabit. Seorang responden lain pula mendakwa kajian itu sebenarnya dilakukan sebuah badan bukan kerajaan (NG