TINDAKAN INVOKE JELAS MENCABULI HAK DEMOKRASI



Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian 03-78902700 untuk menjalankan kajian terhadap sokongan parti politik dikritik termasuk bertanyakan soalan yang dianggap sensitif seperti pilihan parti politik pada pilihan raya umum dikritik banyak pihak.

Salah seorang responden yang menghubungi Selangor Press mendakwa kajian dilakukan CPI itu merupakan cubaan mencabuli hak demokrasi mereka untuk memilih mana-mana parti politik tanpa perlu diketahui pihak lain.

Malah menurut responden terbabit, cara kajian itu dijalankan juga mengelirukan apabila pihak yang menghubunginya memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah parti politik, namun hasil semakannya mendapati bahawa dakwaan pihak tersebut tidak benar memandangkan parti politik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam kajian terbabit.

Seorang responden lain pula mendakwa kajian itu sebenarnya dilakukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Invoke Malaysia.

Menurut responden berkenaan, dia mengetahui mengenai penglibatan NGO tersebut setelah pihak yang menghubunginya mengakui bahawa CPI ditubuhkan oleh Invoke Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan kajian berkaitan sosio-politik semasa negara, selain mengumpul data untuk tujuan tertentu.

Tambah responden itu, sehingga kini CPI masih giat menghubungi rakyat Malaysia untuk menjalankan kajian tersebut yang tidak diketahui kepentingannya.

Hasil semakan Selangor Press melalui enjin carian mendapati pusat kajian tersebut dinaungi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, dan boleh diakses melalui laman sesawang http://cpi.invokemalaysia.org

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017