Posts

Showing posts from April, 2018

MANIFESTO BN BUKAN UNTUK MENJADI POPULIS #KitaPilihBiru #KitaPilihBN #KitaMalaysia #KitaOK

Image
Alhamdulilah Ds Najib Razak semalam akhirnya telah membentangkan Manifesto dari pihak BN sejurus selepas membubarkan Parlimen sehari sebelumnya. Akhirnya segala teka-teki telah terjawab akan tawaran apakah yang bakal mereka tawarkan. Adakah gula-gula politik oleh BN tidak semanis yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan. Jawapannya BENAR kerana BN bukan hendak mengejar populariti untuk memenangi hati rakyat, sebaliknya terus komited untuk mendahulukan rakyat dan meletakkan kepentingan negara sebagai asas utama. Hal ini kerana, manifesto yang dientangkan oleh BN bukanlah bertumpu sekadar untuk warga Semenanjung sahaja. Sebaliknya untuk sahabat kita di Sabah dan Sarawak. Menariknya adalah berkenaan manifesto warga Sabah dan Sarawak adalah untuk merealisasikan PERJANJIAN MALAYSIA 1963, yang mana perjanjian ini adalah berkenaan dengan hak-hak yang hanya ada kepada warga Sabah dan Sarawak sahaja. Ini adalah termasuk dengan penyerahan semula hak milik petroleum dan gas kepada dua bua...

MAHATHIR AKUR GUNA LAMBANG PKR UNTUK PRU14.

Image
Akhirnya, mereka bersepakat menggunakan bendera Mata Dajjal (PKR) untuk pertembungan PRU kali ini. Disini, ketahuilah kita bahawa, mereka cuba meniru Barisan Nasional dalam kempen PRU kali, walaupun sebelum ini pernah mereka berhasrat untuk membawa satu logo baru untuk mereka. Hakikatnya, adakah mereka sememangnya ketandusan pimpinan kaum India untuk mengetuai salah satu parti komponen mereka, sekadar mengharapkan HINDRAF pun belum tentu lagi kumpulan ini akan memberi kelebihan buat mereka. Walaupun di pihak Barisan Nasional, mereka mempunyai MyPPP dan MIC sebagai komponen untuk kaum India, manakala MCA dan Gerakan untuk kaum CINA. Berbalik kepada perbincangan asal, penggunaan satu logo untuk PRU14 adalah disebabkan oleh kegagalan PPBM sendiri mendaftar parti mereka kepada ROS. Malah atas kedgilan dan keangkuhan yang mereka sendiri lakukan menyebabkan ianya gagal didaftarkan. Bermula daripada sekecil punca hingga lah kepada punca yang terbesar, iaitu gagal mengadakan AGM ...

MAHATHIR MAHU MEMBATALKAN PROJEK ECRL??

Image
Bila terbaca kenyataan Mahathir berkenaan ECRL, jelaslah bahawa sejak dari dahulu lagi negeri-negeri di Pantai Timur langsung tiada dalam kepala dia untuk dimajukan. Apa yang ada dalam kepala nya adalah untuk sedut lebih banyak lagi hasil mahsul negeri di Pantai Timur untuk memenuhi tembolok anaknya. Maka kau yang menggerakkan gerakan 'R', ingatlah bahawa Mahathir inilah yang bertanggungjawab menyekat Royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. Begitu busuknya perut Mahathir kepada kita yang menjadi warga negeri di Pantai Timur kerana, dendam kesumat Mahathir kepada PAS pun tampaknya masih tidak suram. Lebih-lebih lagi apabila kejatuhan BN kepada PAS-S46 pada tahun 1999 ketika PRU7. Malah lebih memalukan apabila yang mengalahkan BN di Kelantan adalah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan Ku Li. Walaupun berjaya Ku Li dikalahkan Mahathir dalam perebutan kerusi Presiden UMNO. Hakikatnya, terlucut penguasaan BN kepada PAS-S46 lebih menyakitkan. Berbalik kepada isu pok...