MANIFESTO BN BUKAN UNTUK MENJADI POPULIS #KitaPilihBiru #KitaPilihBN #KitaMalaysia #KitaOK
Alhamdulilah Ds Najib
Razak semalam akhirnya telah membentangkan Manifesto dari pihak BN sejurus
selepas membubarkan Parlimen sehari sebelumnya. Akhirnya segala teka-teki telah
terjawab akan tawaran apakah yang bakal mereka tawarkan. Adakah gula-gula
politik oleh BN tidak semanis yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.
Jawapannya BENAR
kerana BN bukan hendak mengejar populariti untuk memenangi hati rakyat,
sebaliknya terus komited untuk mendahulukan rakyat dan meletakkan kepentingan
negara sebagai asas utama. Hal ini kerana, manifesto yang dientangkan oleh BN
bukanlah bertumpu sekadar untuk warga Semenanjung sahaja. Sebaliknya untuk
sahabat kita di Sabah dan Sarawak.
Menariknya adalah berkenaan
manifesto warga Sabah dan Sarawak adalah untuk merealisasikan PERJANJIAN
MALAYSIA 1963, yang mana perjanjian ini adalah berkenaan dengan hak-hak yang
hanya ada kepada warga Sabah dan Sarawak sahaja. Ini adalah termasuk dengan
penyerahan semula hak milik petroleum dan gas kepada dua buah kerajaan negeri
ini. Atas sebab itulah kerja negeri Sarawak sudahpun mewujudkan Petroleum
Sarawak Sdn. Bhd (PETROS).
Itulah hasil kajian semula terhadap Perjanjian
Malaysia 1963 yang dibuat melalui konsesus, walaupun ada banyak lagi tawaran
yang ditawarkan, pada penulis penyerahan kembali hasil kekayaan negeri secara
terus adalah suatu perkara yang menarik untuk mereka uruskan sendiri kekayaan
negeri.
Selain itu adalah
berkenaan dengan BR1M yang sememangnya akan dikekalkan. Namun berkenaan dengan
BR1M, DS Najib Razak membuat kejutan baru melalui penstruktruan semula untuk
kali ini. Antaranya ialah:
1. Menaikkan kadar
BR1M daripada RM1200 kepada RM2000 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3000.
2. Menaikkan kadar
BR1M dari RM900 kepada RM1500 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM4000.
3. Menaikan kadar BR1M
dari RM450 kepada RM600 bagi individu bujang pendapatan RM2000 ke bawah.
4. Menambah kategori
penerima BR1M
bagi isi rumah
berpendapatan 4000-5000 dengan bayaran sebanyan RM700 setahun.
5. Anak-anak penerima
BR1M yang masuk universiti akan mendapat RM1500 sebagai bayaran bantuan
kemasukan ke IPT.
“Cash is King” atau “Moneyfesto”
itu hanyalah sekadar teriakan oleh mereka(pembangkang) yang terlalu awal
membentangkan manifesto, itupun sekadar ‘Copy and Paste’ kemudiannya ditambah
pula sedikit perencah untuk dilihat baik. Dalam kita tak sedar, pernahkah kita
fikir bahawa suatu ketika dahulu, Suatu ketika dahulu kekayaan negara kita
diagihkan di kalangan kroni dan suku sakat melalui projek penswastaan, bail-out
dan projek mega berupa monumen tanpa impak ekonomi yang besar.
Sila ZOOM!! |
Rentetan itu, Ramai
juga yang bukan ahli perniagaan menjadi jutawan segera yang bukan dalam bidang
kepakaran mereka kerana mempunyai hubungan rapat dengan hirarki pentadbiran.
Ketika itu tidak pula mereka merasa malu mengaut wang tunai sehingga tidak
habis makan tujuh keturunan. Apabila kekayaan negara ini diagihkan kepada
rakyat bawahan dan mereka yang tidak mampu, maka dengan tiba-tiba cemuhan
"cash is king" ditonjolkan seolah-olah hina benar bantuan kerajaan
kepada rakyat bawahan. Akan tetapi, itulah perangai sebenar puak
pembangkang.
Inilah antara dua
perkara terpenting untuk penulis berminat untuk nukilkan, kerana penulis
berpendapat bahawa di pihak pembangkang dua perkara inilah juga mereka jadikan
sebagai “gula-gula” untuk dimuatkan dalam dada media arus perdana. Pada
penulis, seeloknya nilai dan bandingkan dahulu diantara ketiga buah penjuru,
pihak manakah yang menawarkan tawaran yang terbaik untuk kita semua,
lebih-lebih lagi kepada generasi TN50. Wallahualam..
Comments
Post a Comment