MAHATHIR AKUR GUNA LAMBANG PKR UNTUK PRU14.

Akhirnya, mereka bersepakat menggunakan bendera Mata Dajjal (PKR) untuk pertembungan PRU kali ini. Disini, ketahuilah kita bahawa, mereka cuba meniru Barisan Nasional dalam kempen PRU kali, walaupun sebelum ini pernah mereka berhasrat untuk membawa satu logo baru untuk mereka.

Hakikatnya, adakah mereka sememangnya ketandusan pimpinan kaum India untuk mengetuai salah satu parti komponen mereka, sekadar mengharapkan HINDRAF pun belum tentu lagi kumpulan ini akan memberi kelebihan buat mereka. Walaupun di pihak Barisan Nasional, mereka mempunyai MyPPP dan MIC sebagai komponen untuk kaum India, manakala MCA dan Gerakan untuk kaum CINA.

Berbalik kepada perbincangan asal, penggunaan satu logo untuk PRU14 adalah disebabkan oleh kegagalan PPBM sendiri mendaftar parti mereka kepada ROS. Malah atas kedgilan dan keangkuhan yang mereka sendiri lakukan menyebabkan ianya gagal didaftarkan. Bermula daripada sekecil punca hingga lah kepada punca yang terbesar, iaitu gagal mengadakan AGM tahunan bersama seluruh akar umbi.

Disini, ketahuilah bahawa ia memang sengaja digagalkan kerana itu adalah taktik Mahathir sendiri yang sememangnya mahu melihat ianya dibubarkan. Samalah seperti yang dilakukan kepada UMNO pada thun 1998 hingga munculnya Semangat 46 yang menjadi punca kepada kejatuhan BN Kelantan kepada PAS dan S46.

Disebalik penggunaan logo tunggal untuk PRU14, dalam tidak sedar bahawa PKR telah mendapat kemenangan moral sebelum PRU14. Hal ini kerana, mereka hanya perlu bergerak seperti mana sebelum, tetapi dalam masa yang sama, mereka juga telah memanfaatkan sepenuhnya keseluruhan jentera dari PPBM dan Amanah selain DAP pula akan membantu mereka dari sudut propaganda. Maka, disinilah kita akan melihat bahawa PKR yang akan menjadi tuan segala tuan bagi pihak Pakatan Harapan.

Walaubagaimanapun, jangan bersorak dahulu wahai ahli PKR sekalian kerana sama ada PKR yang menggunakan mereka atau mereka yang menggunakan juga perlu difikirkan semula. Kita sedia maklum bahawa dalam PKR juga mempunyai ikon anak muda mereka yang ramai dan berkualiti jika dibandingkan dengan PPBM yang penuh dengan "tin kosong sahaja".

Seperti yang digambarkan oleh bekas Menteri Penerangan dalam blognya, tidak nampak sedikit pun apa yang FANTASTIK sangat tentang persefahaman yang cuba mereka tonjolkan. Sebalikny yang kelihatan adalah, Mahathir kini sudah masuk ke dalam permainan mereka dalam keadaan hina. Apabila penubuhan PKR dahulu adalah sebab dendam mereka kepada Mahathir selepas pemecatan Anwar daripada UMNO dan Menteri Kewangan.

Persoalannya kini adalah terletak pada golongan Reformis yang begitu ghairah suatu ketika dahulu mempertahankan Anwar, kini terpaksa akur dengan pucuk pimpinan parti sendiri. Mana tidaknya apabila orang mereka laungkan sebagai "Maha segala Maha" dahulu, kini duduk sebaris dengan pimpinan dalam Pakatan Harapan. Apakah itu boleh disifatkan sebagai satu penghinaanj?

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017