MAHATHIR MAHU MEMBATALKAN PROJEK ECRL??

Bila terbaca kenyataan Mahathir berkenaan ECRL, jelaslah bahawa sejak dari dahulu lagi negeri-negeri di Pantai Timur langsung tiada dalam kepala dia untuk dimajukan.

Apa yang ada dalam kepala nya adalah untuk sedut lebih banyak lagi hasil mahsul negeri di Pantai Timur untuk memenuhi tembolok anaknya.

Maka kau yang menggerakkan gerakan 'R', ingatlah bahawa Mahathir inilah yang bertanggungjawab menyekat Royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Begitu busuknya perut Mahathir kepada kita yang menjadi warga negeri di Pantai Timur kerana, dendam kesumat Mahathir kepada PAS pun tampaknya masih tidak suram.

Lebih-lebih lagi apabila kejatuhan BN kepada PAS-S46 pada tahun 1999 ketika PRU7. Malah lebih memalukan apabila yang mengalahkan BN di Kelantan adalah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan Ku Li.

Walaupun berjaya Ku Li dikalahkan Mahathir dalam perebutan kerusi Presiden UMNO. Hakikatnya, terlucut penguasaan BN kepada PAS-S46 lebih menyakitkan.

Berbalik kepada isu pokok, pembatalan ECRL menggunakan alasan membazir sangat tidak masuk akal, kerana pembinaan terowong dasar laut yang sedang dibina langsung tidak usik Mahathir, walaupun masalah kesesakan lalu lintas Pulau Pinang masih tidak dapat diselesaikan.

Kesimpulannya, projek ECRL tetap akan diteruskan sekiranya MOF menamatkan tender perjanjian CCCC, kemudiannya dianugerahkan oleh Mahathir kepada Renong, YTL mahupun Berjaya. Itupun kalau umur dia masih panjang.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017