Posts

Showing posts from March, 2015

#KITALAWAN : SAMPAI BILAKAH MEREKA TERUS JADI BEGINI ?? #KITAKAWAN

Image
SHAH ALAM – Seramai 79 individu termasuk 21 wanita ditahan polis ekoran Himpunan Bantah GST yang diadakan di pejabat Kastam Kuala Lumpur, di Kelana Jaya, hari ini. Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, antara yang ditahan termasuk pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail. “Sebanyak tiga buah trak terlibat menahan mereka. Buat masa sekarang tidak banyak maklumat diberikan oleh polis,” katanya ketika dihubungi menerusi sistem aplikasi sosial Whatsapp.  Suhaizan turut berkesempatan mengongsikan gambar keadaan semasa Dr Hatta, Chegubard dan Nasaie di dalam kenderaan polis. “Pejuang Bantah GST  Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail dan Chegubard dalam trak polis. Rakyat tertindas bangga bersama anda,” katanya. Sebelum ini, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah GST melibatkan pe...

ATAS NAMA APAKAH PERLAKUAN INI WAHAI SPAD?

Image
  Dikala kita semua masih dalam dilema mengenai isu-isu yang berbangkit dan masih belum terjawab seperti 1MDB, GST dan skandal pembelian Jet Peribadi untuk kegunaan Yaang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri masih belum terjawab. Akan tetapi, belum pun gelora isu tersebut reda kini muncul pula isu baharu yang menjadikan rakyat semakin panik akan kehidupannya hari ini, iaitu kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awan Dapat dilihat disini bahawa harga tambang pengangkutan awam seperti Bas Ekaspres, Kereta Api dan Komuter sudah di isytiharkan akan kenaikannya pada awaql Mei nanti. Sudahlah impak GST masih belum diketahui bagaiman keadaannya nanti apakah positif atau negative kepada rakyat kelak. Kini isu ini pula yang menjadi trending dalam perbualan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, naiknya pula bukanlah RM 1 atau RM 2 tetapi 20% daripada harga sebelum ini. Apakah yang sebenarnya mahu dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan dengan ...

#KAKUM2015: SPKUM TERUS MENJAGA HAK MAHASISWA UM, KEMANA HILANGNYA PMUM?

Image
           Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya adalah sebuah sekretariat yang menghimpunkan seluruh Presiden-presiden Kolej kediaman di Universiti Malaya. Objektif asalnya adalah untuk membawa suara dan menjaga kebajikan mahasiswa yang menetap di kolej kediaman UM. Idea untuk mendaftarkan sekretariat ini telah wujud ketika saudara Marwan Kahar Bin Baharuddin menjawat jawatan Presiden Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Ke-9.             Walaubagaimanapun, kini organisasi ini dilihat semakin kehadapan dan juga melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan mereka ini seperti Majlis Perwakilan Pelajar. Antaranya, menyuarakan bantahan penganjuran Pidato Anwar Ibrahim 40 Tahun Dari Penjara ke Universiti, yang mana pengajurnya adalah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 13/14. Ini memperlihatkan bahawa SPKUM bukanlah seka...

ANTARA GST DENGAN KRISIS EKONOMI DI MALAYSIA

Image
Malam tadi telah diadakan satu perdebatan diantara Rafizi Ramli, Dr Zaharuddin serta Lokman Nor Adam berkenaan dengan GST di Universiti Malaya. Tapi malam tadi jelas dilihat bahawa Rafizi Ramli tidak mampu untuk menghuraikan apa itu GST yang dikatakan selama ini menyusahkan rakyat dan bakal membebankan rakyat. Oleh kerana terlalu hendak menunjukkan bahawa GST itu bermasaalah dan untuk mematahkan huj ah Lokman Adam, Rafizi mungkin tidak mengkaji bahawa permulaan cukai GST di Singapura sebenarnya bermula dengan 3% dan bukan 2% seperti yang disebutkan oleh beliau pada malam tadi. Untuk menunjukkan kehebatan beliau yang sebelum itu ditangkap oleh pasukan polis diatas akta perhimpunan aman, Rafizi jelas menipu bahawa beliau mengatakan bahawa jika beliau tidak dibebaskan untuk pergi ke UM malam tadi maka pelajar UM akan merempuh balai polis Dang Wangi. Sebenarnya siapa dia ini untuk mengarahkan pelajar-pelajar Universiti untuk mengikut telunjuknya berbuat demikian sedangkan demonstra...

BETUL KE MARINA SEDANG BODEK TUN M UNTUK SERTAI PKR

Image
Cerita ini mungkin seolah-olah sebuah fantasi seperti sekuel Harry Potter mahupun Lord of The Ring. Walaubagaimanapun, dalam politik juga cerita-cerita yang sebegini rupa pun ada juga dimainkan, makin hebat pula ianya dimainkan setelah Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh. Sejauh manakah kebenarannya mungkin hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya, lagipun itulah hakikatnya Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Barisan Nasional khususnya. Oleh itu, mereka pun cubalah untuk memihak kepada sesebuah pihak yang sedang bertelagah sekarang ini dan cuba untuk menikmati hasilnya setelah perancangan mereka ini berjaya kelak. Walaubagaimanapun, adakah benar bahawa Tun Mahathir dikaitkan dengan jawatan Ketua Pembangkang ini. Tidakkah pelik jika dahulu beliau berusaha gigih untuk membangunkan Malaysia ini sehinggakan nama Malaysia dikenali di seluruh, tiba-tiba cuba pula untuk menyertai sebuah parti yang tidak pernah berhenti mengutuknya sewaktu menjawat jawatan Per...