ATAS NAMA APAKAH PERLAKUAN INI WAHAI SPAD?
Dikala kita semua masih dalam dilema mengenai isu-isu yang
berbangkit dan masih belum terjawab seperti 1MDB, GST dan skandal pembelian Jet
Peribadi untuk kegunaan Yaang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Perdana
Menteri masih belum terjawab. Akan tetapi, belum pun gelora isu tersebut reda
kini muncul pula isu baharu yang menjadikan rakyat semakin panik akan
kehidupannya hari ini, iaitu kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awan
Dapat dilihat disini bahawa harga tambang pengangkutan awam
seperti Bas Ekaspres, Kereta Api dan Komuter sudah di isytiharkan akan
kenaikannya pada awaql Mei nanti. Sudahlah impak GST masih belum diketahui
bagaiman keadaannya nanti apakah positif atau negative kepada rakyat kelak. Kini
isu ini pula yang menjadi trending dalam
perbualan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, naiknya pula bukanlah
RM 1 atau RM 2 tetapi 20% daripada harga sebelum ini.
Apakah yang sebenarnya mahu dilakukan oleh Kementerian
Pengangkutan dengan agensi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang dikelola
oleh Tan Sri Syed Hamid Albar. MP sendiri pun tidak tahu untuk apakah ini semua
harus dilakukan, sudahlah harga minyak dunia mas
ih dengan harga USD 56 setong
dan GST pula tidak dikenakan kepada tambang pengangkutan awam.
Harapnya, Majlis Jawatankuasa PEMANDU buatlah kajian yang
lebih terperinci mengani perkara ini supaya rakyat akan merasa ditindas dengan
perkara yang sebegini rupa. Memang diakui bahawa kenaikan harga tambang
pengangkutan awam ini mempunyai pro dan kontranya sendiri. Akan tetapi haruslah
diingat bahawa impaknya kerajaan-lah yang menanggungnya tetapi tempiasnya pula
kepada partinya.
Agaknya apa komen Low Tiong Lai mengenai perkara ini, kalau
Ismail Sabri yang memberi respon mungkin kali kedua beliau di cop rasis oleh
sebuah Parti Komponen dalam Barisan Nasional.
P/S: dengarnya k
abinet menunda pula kenaikan harga tambang
pengangkutan, sampai bilalah pula ya?
Kenyataan Media
Datuk Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi Umno
Timbalan Menteri Pengangkutan
Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu
mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan
pengguna.
Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji
semula memandangkan kenaikan sebanyak 20 hingga 67 peratus itu adalah tinggi.
SPAD seharusnya mengadakan perbincangan bersama dengan
Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK), bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.
Kita tidak seharusnya membebankan rakyat terutama mereka
yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka, kerana jika ia
diteruskan ini akan meningkatkan kos perbelanjaan mereka.
Namun saya faham dengan masalah yang dihadapi oleh syarikat
pengangkutan awam dan pemilik teksi, bagaimanapun pihak kerajaan perlu untuk
mengkaji dan menyemak semula kenaikan tambang tersebut.
Sebagai contoh perlu ada garis panduan dalam menentukan
paras tambang yang berpatutan agar mampu dibayar oleh semua golongan
masyarakat.
Comments
Post a Comment