BETUL KE MARINA SEDANG BODEK TUN M UNTUK SERTAI PKR
Cerita ini mungkin seolah-olahsebuah fantasi seperti sekuel Harry Potter mahupun Lord of The Ring. Walaubagaimanapun, dalam politik juga cerita-cerita yang sebegini rupa pun ada juga dimainkan, makin hebat pula ianya dimainkan setelah Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh.
Sejauh manakah kebenarannya mungkin hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya, lagipun itulah hakikatnya Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Barisan Nasional khususnya. Oleh itu, mereka pun cubalah untuk memihak kepada sesebuah pihak yang sedang bertelagah sekarang ini dan cuba untuk menikmati hasilnya setelah perancangan mereka ini berjaya kelak.
Walaubagaimanapun, adakah benar bahawa Tun Mahathir dikaitkan dengan jawatan Ketua Pembangkang ini. Tidakkah pelik jika dahulu beliau berusaha gigih untuk membangunkan Malaysia ini sehinggakan nama Malaysia dikenali di seluruh, tiba-tiba cuba pula untuk menyertai sebuah parti yang tidak pernah berhenti mengutuknya sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu. Macam tak logik bunyinya.
Walaubagaimanapun,menurut sumber pemimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim membayangkan bahawa Pakatan sudah ada penganti yang layak untuk mengantikan Ketua Pembangkang dan layak untuk memikul tugasan yang berat itu.
Orang yang dimaksudkan oleh Zamil Ibrahim tersebut tidak lain tidak bukan ialah Tun Dr Mahathir dan juga Daim Zainuddin yang mana dikatakan telah bersedia mengalas tanggungjawab Anwar Ibrahim sebagai pengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak. Persoalannya sekarang adakah dengan sikap patriotik yang ada dalam jiwa Tun Mahathir akan melakukan tindakan sehingga menumbangkan kerajaan?
Mungkin jika dikaji sejarah, Tun sememangnya ada pengalaman didalam menumbangkan kepimpinan iaitu Tun Abdullah Badawi, akan tetapi apa yang dibayangkan oleh Pakatan Rakyat ialah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional?
Jelas beliau lagi, Tun Daim dan Tun Mahathir adalah diantara tokoh politik yang cukup hebat dari Anwar Ibrahim , ini adalah kerana negarawan tersebut pernah menumbangkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi dengan hanya menggunakan blog.
Kehebatan ini sekarang telah menjadi kepimpinan pakatan untuk ‘meminang” Tun Mahathir dan Tun Daim sebagai barisan yang akan megetuai Pakatan Pembangkang. Angan angan apakah yang sedang menular dalam politik sekarang ini?
Difahamkan juga , bahawa anak Tun Mahathir , Marina Mahathir dikatakan bertindak sebagai orang tengah untuk memujuk Tun Mahathir meyertai PKR sebagai Ketua Pembangkang. Kekuatan berita ini boleh kita bayangkan bahawa pautan pautan diantara kepimpinan PKR dengan Tun Mahathir.
Diantara pautan yang dikatakan menjadi kekuatan tersebut ialah dimana satu ketika dahulu Anwar merupakan anak didik atau anak emas yang dilantih oleh Tun Mahathir , disamping itu juga Azmin pula pernah berguru dengan Tun Mahathir.
Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa Pakatan Pembangkang sekarang telah mempunyai Ketua Umum yang baru mengikut bayangan yang tidak secara langsung. Dalam erti kata lain tidak perlu lagi Pakatan Pembangkang risau mencari penganti yang layak.
Jika demikian, adalah tidak menghairankan jika Pakatan Pembangkang secara terangan menamakan Tun Mahathir sebagai orang yang layak untuk mengantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Sumber dipetik daripada:KLIK DISINI
Comments
Post a Comment