#KAKUM2015: SPKUM TERUS MENJAGA HAK MAHASISWA UM, KEMANA HILANGNYA PMUM?
Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya adalah
sebuah sekretariat yang menghimpunkan seluruh Presiden-presiden Kolej kediaman
di Universiti Malaya. Objektif asalnya adalah untuk membawa suara dan menjaga
kebajikan mahasiswa yang menetap di kolej kediaman UM. Idea untuk mendaftarkan
sekretariat ini telah wujud ketika saudara Marwan Kahar Bin Baharuddin menjawat
jawatan Presiden Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai
Kolej Kediaman Ke-9.
Walaubagaimanapun, kini organisasi ini dilihat
semakin kehadapan dan juga melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan
mereka ini seperti Majlis Perwakilan Pelajar. Antaranya, menyuarakan bantahan
penganjuran Pidato Anwar Ibrahim 40 Tahun Dari Penjara ke Universiti, yang mana
pengajurnya adalah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 13/14. Ini
memperlihatkan bahawa SPKUM bukanlah sekadar menjaga kebajikan pelajar Kolej Kediaman sahaja malahan, turut menjaga kebajikan warga UM khususnya.
Namun seperti yang kita dapat lihat, organisasi ini
telah meletakannya di suatu tempat yang baharu melalui penganjuran KAKUM yang julung kalinya diadakan di kampus UM.
KAKUM ini dengan jayanya dilangsungkan pada 11 Mac sehingga 15 Mac lepas dan
dirasmikan pula oleh Naib Canselor UM pada 13 Mac 2015.
Bercakap mengenai pengisiannya, KAKUM ini dilihat
seolah-olah meyaingi Festival Konvokesyen Universiti Malaya. Hal ini kerana,
aktiviti-aktiviti yang diadakan seolah sama seperti berbalas pantun, bual
bicara dengan ikon-ikon terkenal yang pernah menuntut di UM dahulu. Cuma hanya
figura-figura politik sahaja yang tidak dipanggil pada KAKUM.
Ironinya, KAKUM juga telah mengadakan satu
Persidangan Mahasiswa Kolej Kediaman di Bilik Court UM, yang mana pelbagai isu
berbangkit seperti penambahan fasiliti di UM, isu merit, isu Malam Anugerah
Kolej telah dibawa ke dalam perbincangan ini. Apakah SPKUM ingin mengambil alih
kuasa PMUM? Adakah PMUM yang dipilih hanya pandai cakap kosong sahaja? Terpulanglah kepada pendapat masing-masing.
Namun untuk kali ini, walaupun dilihat sebagai satu Projek Mega yang baharu, harapnya penganjuran KAKUM di sesi akan datang diadakan
dengan lebih meriah lagi untuk menarik sambutan daripada pelajar UM. Walaubagaimanapun,
diharapkan SPKUM terus relevan untuk membawa UM lebih kehadapan dikala PMUM
terus sibuk dengan isu-isu luar seolah-olah seperti ‘kera dihutan disusukan
tetapi, anak dirumah mati kelaparan. Tahniah diucapkan kepada barisan dan
tenaga yang menggerakkan KAKUM terutamanya kepada Presiden-presiden kolej dan
Jawatankuasa Tindakan Kolej masing-masing.
KAKUM perlu lebih progresif untuk menarik minat penghuni kolej terlibat dengan aktiviti2 yg dijalankan. Elakkan daripada program2 bertindih atau yg sama yg sudah diwujudkan oleh karnival atau festival lain di UM. Cuba tarik perhatian alumni UM dan pengunjung luar utk terlibat dlm KAKUM. Promosi kolej2 kediaman sebagai sebuah institusi yg mempunyai badan kuasa dan program2nya sendiri. Cuba buka mata pengunjung luar utk bekerjasama dgn program2 yg dijalankan oleh kolej kediaman atau memberi bantuan dlm pembangunan infrastruktur dan kemudahan kolej kediaman.
ReplyDelete