Posts

Showing posts from June, 2017

PM NAJIB SINDIR BEKAS TUKANG UJI PROTON

Image
Negara terpaksa menanggung kerugian besar syarikat PROTON sejak dahulu lagi, disebabkan melayan mimpi tidak realistik seorang individu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak. Beliau berkata, semua orang perlu sedar bahawa model perniagaan pengeluar kereta nasional pertama negara itu tidak mapan untuk jangka masa panjang. “Terlalu lama mimpi tidak realistik dan kurangnya pemahaman komersial bekas ‘ketua tukang ujinya’ dilayan. Beliau lebih suka Proton dimiliki 100 peratus oleh Malaysia dan kerugian ratusan juta setahun. “Tapi itu wang rakyat dan tidak bertanggungjawab untuk kita meneruskan model perniagaan yang jelas tidak akan berjaya,” katanya katanya dalam ucapan majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH). Walaupun Najib tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik penjualan PROTON sejak kebelakangan ini. Perjanjian ditandatan...

LAPORAN OLEH DOJ SEKADAR SEBUAH KONSPIRASI

Image
Kenyataan yang dikeluarkan oleh “Department Of Justice”(DOJ) ini adalah berkenaan dengan wujudnya penyelewengan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Semenjak dari  20 Julai 2016 hanyalah kenyataan dan tuduhan sahaja yang dibuat. Namun masih tiada saman yang dilakukan, sebaliknya Loretta Lynch yang digugurkan daripada DOJ.  Kenapa? 1.       Pendedahan oleh DOJ bukanlah hendak menyedarkan rakyat akan apa yang 1MDB lakukan, sebaliknya tak ubah seperti satu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia sahaja melalui campur tangan kuasa luar. Senarionya samalah seperti Iraq di zaman Saddam Hussein memerintah, apabila wujudnya dakwaan terhadap Saddam yang memiliki “Weapon of Mass Destruction”. Namun hingga ke hari ini satu WMD langsung tidak di temui  malah negara Iraq pula hingga ke hari ini bergolak seperti tiada kesudahan. 2.       Mengapa laporan DOJ itu hanyalah sekadar dakwaan semata-se...

SYED SADDIQ MASUK PERANGKAP RAJA PETRA ?? #DOJ

Image
1. Syed Saddiq telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin di Balai Polis Gombak hari ini. 2. Ini merupakan berita baik kerana selepas ini tiada siapa pun yang perlu membuat laporan polis berkenaan Syed Saddiq kerana pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuatnya. 3. Sekiranya pihak polis memanggil Raja Petra untuk memberikan kenyataan, maka Raja Petra perlu mendedahkan tiga nama Exco ARMADA PPBM yang mengetahui mengenai rancangan pengumuman yang dilakukan DOJ pada 15 Jun 2017 yang lalu. 4. Ini bermakna ketiga-tiga exco tersebut akan terheret sama dan pihak polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk memberikan kenyataan. 5. Sekiranya pihak polis mendapati bahawa Syed Saddiq bersama tiga lagi Exco ARMADA benar-benar terlibat dengan isu DOJ pada 15 Jun 2017 lalu, maka ianya membuktikan bahawa wujudnya sebuah konspirasi berkenaan hal tersebut. 6. Sekiranya benar wujud konspirasi dalam isu DOJ ini, bermakna ia sengaja diadak...

FELDA GAGAL BAYAR DIVIDEN PENEROKA??

Image
Isu yang dipalit oleh Felda Global Venture (FGV) ini sebenarnya tak lebih daripada isu politik yang sengaja dibangkitkan oleh pembangkang. Sengaja isu mereka bangkitkan bagi mewujudkan satu sentimen dalam FGV, lebih-lebih apabila sebahagian puak pembangkang juga gigh untuk terus mensabotaj pasaran saham FGV dengan mewujudkan pelbagai persepsi dan andaian berkenaan FGV. Padahal ianya langsung tidak berlaku. Isu FGV gagal membayar dividen saham kepada setiap pemegang antara yang isu yang sedap diratib kebelakangan ini. Dalam menghadapi isu ini, selepas saham FGV diapungkan  pada 2012 sebagai apungan kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook. Selain itu, FGV tidak pernah gagal membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya walaupun ketika ia berdepan situasi perniagaan mencabar seperti kejatuhan harga sawit, kekurangan hasil buah akibat fenomena cuaca dan bencana alam. Disebabkan oleh, serangan berterusan saham FGV pun merosot sehingga 60% daripada harga semasa di...

PENJELASAN TUDM TENTANG BANGKAI NURI DI SUNGAI PETANI

Image
Beberapa hari ini, viral mengenai rangka helikopter Nuri yang dilihat oleh orang ramai 'tersadai' di sebuah bengkel barang lusuh di Sg. Petani, Kedah. Sedikit info untuk maklumat bersama, helikopter ini telah mengalami kemalangan di Pulau Perak pada Disember 2013. Disebabkan hal tersebut, terdapat kerosakan yang teruk pada rangka helikopter ni dan ianya tidak boleh berfungsi lagi. Ditambah lagi dengan keadaan fizikal pesawat yang jika dibaiki akan menelan kos belanja yang amat tinggi. Disebabkan hal ini kerajaan putuskan untuk lupuskan saja dan tidak perlu dibaiki untuk kegunaan pameran dan sebagainya. Kang kalau repair, Pembangkang bising kata kos membaiki mahal, guna duit rakyat bla bla bla. Melalui Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih, kerajaan dah luluskan cadangan melupuskan aset alih kerajaan pesawat Nuri ini pada Disember 2016. Untuk info, komponen mekanikal dan juga sistem yang digunapakai helikopter ni dah dikeluarkan terlebih dahulu oleh TUDM. Kerja-kerja memot...

DANA RAYA OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU ADALAH GULA-GULA POLITIK?

Image
1. Ramai yang telah maklum bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang kaya dahulu namun kini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diketuai DAP, prestasi negeri tersebut telah jatuh merudum. Sempena sambutan Hari Raya tahun ini, Selangor hanya mengumumkan pemberian bonus dua bulan setengah gaji kepada kakitangan awam di negeri berkenaan. 2. Mungkin kita masih tidak tahu bahawa  kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM 88.8 juta untuk bantuan Dana Raya kepada 239,323 penerima tahun ini. P eruntukan Dana Raya ini adalah sebanyak RM 88.8 juta yang terdiri daripada warga emas seramai 33,305 orang sebanyak RM9.9 juta, isi rumah berpendapatan rendah seramai 154,730 sebanyak RM 61.2 juta, orang kurang upaya seramai 14,405 sebanyak 4.3 juta dan ibu tunggal atau duda seramai 37,283 sebanyak RM 13.4 juta. 3. Melalui bantuan Dana Raya ini,  pemohon yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon. Bagi pemo...

RAFIZI HANYALAH RAJA FITNAH YANG KANTOI MEMFITNAH.

Image
Kisah Rafizi Ramli yang selalu memfitnah ini sebenarnya sudah dari dulu kita akui bahawa semuanya gagal akhirnya oleh kerana banyak fakta yang dikeluarkan hanyalah, rekaan dan dimanipulasi dari sumber asal. Kini, sekali lagi Rafizi tanpa serba salah cakap dia silap terfitnah orang. Sebelum ini dengan yakin dia mendakwa mempunyai dokumen bagi menyokong tuduhan mendakwa kononnya seorang wanita bernama Florence Goh mempunyai kaitan dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington yang diupah oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). Berikut dikongsikan ‘rekod-rekod pencapaian’ Rafizi selaku ‘Jaguh Fitnah Negara’: A. MAHKAMAH ■ Fitnah cincin rosmah √ Rafizi beritahu bahawa kenyataan cincin adalah seloroh, gurauan ■ Fitnah dana awam NFC diseleweng dlm pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar √ Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah ■ Fitnah Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead √ Rafizi tarik balik tuduhan sbgai penyelesaia...

TANAH MANA LAGI DAP & PKR MAHU JUAL??

Image
Selepas mendapat mandat pada PRU 12 lepas pembangkang terus memulakan kerja jahat mereka demi mengaut laba keuntungan dari apa yang tinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.  Selain daripada menggondolkan beberapa buah hutan. Tanah juga telah menjadi sasaran utama kerajaan di negeri yang dikuasai pembangkang. Menggunakan alasan ‘demi kemajuan’ rakyat seolah-olah meredhai apa sahaja yang mereka lakukan. Berikut adalah beberapa kes penyalahgunaan kuasa oleh pembangkang di beberapa buah negeri yang pernah dikuasai dan sedang dalam penguasaan mereka: PERAK & KELANTAN 1. Sebelum rombakan kuasa pada 2009 yang menyaksikan BN kembali berkuasa di Perak, Nizar Jamaluddin hanya seperti patung boneka sahaja dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 2008. Namun segala susun atur dan gerak kerja pentadbiran di negeri Perak di bawah kawal selia dua sepupu sebenarnya, iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. 2. Menariknya berkenaan dengan salah guna kuasa oleh DAP di Per...