SYED SADDIQ MASUK PERANGKAP RAJA PETRA ?? #DOJ



1. Syed Saddiq telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin di Balai Polis Gombak hari ini.

2. Ini merupakan berita baik kerana selepas ini tiada siapa pun yang perlu membuat laporan polis berkenaan Syed Saddiq kerana pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuatnya.

3. Sekiranya pihak polis memanggil Raja Petra untuk memberikan kenyataan, maka Raja Petra perlu mendedahkan tiga nama Exco ARMADA PPBM yang mengetahui mengenai rancangan pengumuman yang dilakukan DOJ pada 15 Jun 2017 yang lalu.

4. Ini bermakna ketiga-tiga exco tersebut akan terheret sama dan pihak polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk memberikan kenyataan.

5. Sekiranya pihak polis mendapati bahawa Syed Saddiq bersama tiga lagi Exco ARMADA benar-benar terlibat dengan isu DOJ pada 15 Jun 2017 lalu, maka ianya membuktikan bahawa wujudnya sebuah konspirasi berkenaan hal tersebut.

6. Sekiranya benar wujud konspirasi dalam isu DOJ ini, bermakna ia sengaja diadakan dengan niat untuk mewujudkan kepincangan terhadap negara dan Perdana Menteri dengan cara mengikis keyakinan orang awam serta negara asing sekaligus membawa kepada kehancuran ekonomi negara.

7. Secara ringkas, tindakan Syed Sadiq ini akan menjadi satu perbuatan khianat yang menyebabkan rakan konspirasinya boleh didakwa melakukan jenayah melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan akhirnya membawa ke tali gantung sekiranya disabitkan kesalahan.

8. Syed Saddiq mungkin telah melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan Anwar ketika dia membuat laporan terhadap individu yang menuduhnya melakukan salah laku seksual. Malangnya polis menemui bukti bahawa Anwar terlibat dengan semua salah laku tersebut. Ini menyebabkan pihak polis mengambil tindakan ke atas Anwar dan bukannya orang-orang yang dilaporkan Anwar.

9. Syed Saddiq sedia maklum mengenai pengumuman DOJ yang bakal dibuat, alasan DOJ membuat pengumuman tersebut serta cubaan Mahathir untuk menghidupkan kembali isu 1MDB yang telah selesai.

10. Seperti yang disebutkan, pengumuman DOJ pada Khamis lepas bertujuan memastikannya menjadi buah mulut ketika musim perayaan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/386210

11. Inilah apa yang dirancangkan. DOJ membuat pengumuman mereka pada 15 Jun 2017 dan seminggu kemudian, ramai pemimpin dari kalangan Pakatan Harapan akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu DOJ tersebut.

12. Orang awam akan pulang ke kampung dan ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri, mereka akan membincangkan hal tersebut.

13. Syed Saddiq baru sahaja mengakui mengenai hal tersebut. Seperti yang dikatakan, isu DOJ ini tidak akan sampai ke mahkamah. Ianya hanya akan menjadi buah mulut masyarakat Malaysia ketika Hari Raya.

14. Apa perlunya ia diperkatakan, terutamanya di kampung-kampung ketika Hari Raya? Sebabnya UMNO mempunyai antara 80 hingga 90 kerusi di Tanah Melayu ini dan sekiranya mereka tidak mampu merampas kerusi-kerusi ini dari UMNO, maka Pakatan Harapan tidak akan berjaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

15. Ini adalah hal yang diperkatakan Syed Saddiq kepada tiga Exco ARMADA sebelum DOJ membuat pengumuman tersebut. Syed Saddiq juga yang memberitahu mengenai peruntukan sejumlah RM50 juta yang dikeluarkan Mahathir untuk rancangan ini dan US$ 5 juta untuk _Clinton Foundation_.

Sumber: Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/syed-saddiq-you-just-got-nailed-good-and-proper/

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017