FELDA GAGAL BAYAR DIVIDEN PENEROKA??

Isu yang dipalit oleh Felda Global Venture (FGV) ini sebenarnya tak lebih daripada isu politik yang sengaja dibangkitkan oleh pembangkang. Sengaja isu mereka bangkitkan bagi mewujudkan satu sentimen dalam FGV, lebih-lebih apabila sebahagian puak pembangkang juga gigh untuk terus mensabotaj pasaran saham FGV dengan mewujudkan pelbagai persepsi dan andaian berkenaan FGV. Padahal ianya langsung tidak berlaku.

Isu FGV gagal membayar dividen saham kepada setiap pemegang antara yang isu yang sedap diratib kebelakangan ini. Dalam menghadapi isu ini, selepas saham FGV diapungkan  pada 2012 sebagai apungan kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook.

Selain itu, FGV tidak pernah gagal membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya walaupun ketika ia berdepan situasi perniagaan mencabar seperti kejatuhan harga sawit, kekurangan hasil buah akibat fenomena cuaca dan bencana alam.

Disebabkan oleh, serangan berterusan saham FGV pun merosot sehingga 60% daripada harga semasa disenaraikan. Kemerosotan harga saham berbanding harga IPO adalah lumrah dalam dunia saham hari ini. Justeru orang ramai mula terpengaruh bahawa FGV berada dalam keadaan tenat dan perlu diselamatkan.

Pendapatan dan keuntungan FGV semenjak 2013.
Padahal, hanya tahun 2016 FGV sahaja mengalami  kerugian apabila apabila terdapat ladang sawit yang ditenggelami banjir, kenaikan harga gula dunia dan banyak pelaburan utama mereka belum mendatangkan hasil yang sepatutnya.

Sebenarnya perolehan FGV sering mencatakan peningkatan selepas diapungkan. Misalnya tahun 2013 mencatatkan perolehan sebanyak RM 12.658 bilion, meningkat kepada RM 15.26 bilion pada 2014, RM 15.67 bilion pada 2015, manakala pendapatan FGV pada 2016 ialah RM 17.3 bilion.

Jika diambil kira akan siapa yang memperoleh faedahnya, sudah tentulah kepada peneroka seramai 112,635 di bawah FGV, di Malaysia syarikat ini adalah sebuah syarikat perladangan yang mempunyai peladang dan pekerja yang paling ramai dibawah tanggungannya. Maka adalah tidak adil membandingkan FGV dengan syarikat-syarikat peladangan lain yang diuruskan secara korporat sepenuhnya.

Pendapatan FGV sentiasa meningkat. Bagaimanapun komitmen FGV mengembangkan perniagaan dengan mengambil alih syarikat peladangan lain, mengimbangi kos harga gula dunia dan melaksanakan tanaman semula kelapa sawit yang lama telah menyebabkan keuntungan mereka berkurangan.

Hakikat sebenarnya  serangan terhadap FGV ini adalah mahu memberikan imej negatif kepada FELDA. Tujuannya adalah untuk menimbulkan perasaan benci peneroka kepada kerajaan Barisan Nasional kerana peneroka  FELDA  menjadi undi penentu di hampir 54 buah kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN di seluruh negara.


Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK