DANA RAYA OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU ADALAH GULA-GULA POLITIK?


1. Ramai yang telah maklum bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang kaya dahulu namun kini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diketuai DAP, prestasi negeri tersebut telah jatuh merudum. Sempena sambutan Hari Raya tahun ini, Selangor hanya mengumumkan pemberian bonus dua bulan setengah gaji kepada kakitangan awam di negeri berkenaan.

2. Mungkin kita masih tidak tahu bahawa kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM 88.8 juta untuk bantuan Dana Raya kepada 239,323 penerima tahun ini. Peruntukan Dana Raya ini adalah sebanyak RM 88.8 juta yang terdiri daripada warga emas seramai 33,305 orang sebanyak RM9.9 juta, isi rumah berpendapatan rendah seramai 154,730 sebanyak RM 61.2 juta, orang kurang upaya seramai 14,405 sebanyak 4.3 juta dan ibu tunggal atau duda seramai 37,283 sebanyak RM 13.4 juta.

3. Melalui bantuan Dana Raya ini, pemohon yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon. Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

4. Namun 'netizen' masih melihat Selangor lebih menjaga kebajikan rakyatnya dengan mengumumkan bonus gaji dua bulan setengah kepada kakitangan awam di negerinya. Seolah-olah mahu menunjukkan kekayaan negerinya mungkin Azmin Ali tidak bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sudah bertahun-tahun memberikan wang bantuan Dana Raya ini kepada setiap rakyatnya yang berkelayakan.

5. Bermula dengan Wang Ihsan semasa pemerintahan PAS di Terengganu hinggalah kepada pemerintahan BN sudah memasuki penggal ketiga ini diberikan pula bantuan Dana Raya sebanyak RM250. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Kerajaan Negeri Terengganu memberikan bantuan Dana Remaja kepada setiap remaja dan belia di negerinya. Melalui program Transformasi Orang Muda yang mempunyai pelbagai pilihan program untuk disertai oleh anak muda negeri Terengganu. Maka disinilah wang Dana Remaja akan diberikan.

6. Kerajaan Selangor mungkin berbangga dengan adanya Skim Mesra Usia Emas dan Yayasan Warisan Anak Negeri Selangor, tetapi skandal YAWAS hinggakan Ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga pernah mengaku menerima wang bantuan tersebut daripada Kerajaan Selangor. Hal ini dapat dibuktikan sendiri melalui pengakuan oleh MP Seputeh iaitu Teresa Kok berkenaan dengan peruntukan YAWAS yang diperolehi melalui 'bank in' sahaja.

7. Namun kerajaan Negeri Terengganu pula mewujudkan T Cakna untuk membantu setiap rakyat negeri Terengganu yang mempunyai masalah dalam apa jua kes. Hal ini termasuklah dengan bantuan untuk pesakit kronik juga diwujudkan bagi meringankan beban setiap rakyat, walaupun Terengganu tidak mempunyai Kad Peduli Sihat seperti di Selangor tetapi rakyat Terengganu masih boleh memohon bantuan melalui T Cakna kepada pesakit yang memerlukan. Sudah tentu pemohon T Cakna ini akan ditempatkan di mana-mana pusat perubatan yang 'high performance' untuk keselesaan pesakit.

8. Kerajaan Pulau Pinang kini dikatakan juga mahu memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan antara 3 hingga 4 bulan gaji. Bayaran bonus ini akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri Pulau Pinang. Ramai  berpendapat pemberian bonus dua bulan setengah gaji di Selangor dan tiga bulan gaji di Pulau Pinang merupakan gula-gula politik bagi memenangi Pilihanraya akan datang. 

9. Namun nampaknya mereka gagal menandingi kehebatan kerajaan Terengganu yang telah bertahun-tahun memberikan bantuan Dana Raya kepada rakyat mereka tanpa menunggu tarikh Pilihan Raya Umum. Maka jelaslah bahawa Lim Guan Eng dan Azmin Ali yang memberi gula-gula kepada rakyatnya dan bukannya kerajaan Negeri Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK