Posts

Showing posts from July, 2017

TIDAK PERLU MELOBI UNTUK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA.- HISHAMMUDDIN

Image
Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pemimpin UMNO di semua peringkat tidak perlu melobi untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. "Tidak perlu nak melobi kerana yang penting dekati rakyat dan jalankan usaha mendekati golongan sasar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu, Di Bandar Permaisuri, Setiu, hari ini Hishammuddin berkata, kedudukan beliau sendiri sebagai calon juga belum dapat ditentukan kerana hak menentukan siapa menjadi calon pada PRU nanti terletak kepada presiden parti yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Hishammuddin berkata, apa yang penting ialah pemimpin sepatutnya turun ke bawah menjalankan khidmat kepada rakyat supaya UMNO dan Barisan Nasional terus diterima rakyat. Menurutnya, calon yang dipilih dalam PRU14 bukan sahaja perlu dit

PH HAMPIR PASTI BERTANDING SEMUA KERUSI DI TERENGGANU

Image
Desas-desus akan keterlibatan Pakatan Harapan dalam PRU 14 di negeri Terengganu semakin pasti apabila tersebarnya satu keputusan pembahagian kerusi diantara mereka. Kepastian akan keterlibatan mereka ini adalah tersebarnya senarai calon parti yang bakal bertanding di DUN dan PARLIMEN di negeri Terengganu. Dalam pada itu, sebaran tersebut ada melampirkan senarai bilangan Exco dan Speaker Dewan DUN akan datang. Disini jelaslah kita melihat bahawa PPBM pakatan mereka yang paling dominan di negeri Terengganu. Berdasarkan senarai ini adalah kita melihat bahawa jawatan MB akan dipegang oleh PPBM. Jawatan Exco pula akan menjadi milik PPBM sebanyak 5 jawatan, 3 kerusi adalah PKR, satu milik PKR dan AMANAH. Berikut adalah senarai penuh setiap pembahagian kerusi bertanding yang diagihkan oleh Pakatan Harapan negeri Terengganu: *HAR∆PAN TERENGGANU  PRU 14:-* *P.33 BESUT – PPBM N.1 Kuala Besut - AMANAH N2. Kota Putera - PKR N3. Jertih - PPBM N.4 Hulu Besut - PPBM *P.34 SETIU -

RAFIZI DESAK SUKARELAWAN INVOKE BANTU MEMBAYAR "SAMAN" NFC

Image
1. Selepas diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar kepada National Feedlot Centre(NFC) berikutan pendedahannya terhadap Pengerusi NFC.  Saman ini difailkan selepas Rafizi mendakwa pengerusi NFC Datuk Seri Mohd Salleh Ismail membeli lapan hartanah di KL Eco-City dengan dana awam yang diperuntukkan kepada syarikat berkenaan. 2. Mahkamah Tinggi tahun lalu memutuskan beliau bersalah dan memerintahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. Mereka juga dianugerahkan kos sebanyak RM100,000. 3. Kini khabarnya Rafizi sedang terkial-kial untuk mencari dana bagi membayar saman kepada NFC yang pernah menjadi mangsa fitnahnya sehingga syarikat tersebut tidak lagi beroperasi, malah harga daging lembu di pasaran juga telah melambung tinggi berikutan keetiadaan NFC yang berperanan sebagai pusat pengumpulan stok daging lembu tempatan. 4. Dalam pada itu, setiap sukarelawan INVOKE yang ditubuhnya perlu menyumbang sebanyak RM100 setiap seorang kepada Rafizi un

NAFSU BESAR AZAN "FLIP-FLOP" UNTUK PKR PADA PRU14 DI TERENGGANU

Image
Desas-desus akan keterlibatan PKR dalam PRU 14 di Terengganu semakin pasti kesahihan apabila pimpinannya yang diketuai ole Azan Ismail atau lebih dikenali sebagai Azan "Flip-Flop" sudah mensasarkan 10 kerusi untuk ditandingi pada PRU 14 akan datang. Ini sudah tentu memperlihatkan berlakunya pertambahan kerusi PKR pada pilihan raya akan datang. Pertambahan kerusi oleh PKR ini sudah tentu membuatkan pimpinan PAS tidak tidur malam apabila memikirkan akan sikap PKR yang semakin pada hari ini. Manakan tidak apabila kerusi DUN Bandar yang dimenangi oleh Azan Ismail pada PRU 13 lepas itu adalah ihsan daripada PAS Kuala Terengganu. Namun memikirkan akan keadaan hubungan mereka dengan PAS selepas tidak lagi bersama dengan PKR sudah tentu PKR berhasrat untuk bertanding sahaja di kawasan tersebut walaupun PAS masih merasakan bahawa mereka tuannya. Dalam pada itu, dikhabarkn juga bahawa setiap kubu kuat PAS di Kuala Terengganu seperti DUN Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Burok bakal

FELDA: 60 TAHUN MENYELUSURI RANJAU

Image
Semenjak mula ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA kini sudah menginjak usia 60 penubuhan. Dalam perjalanan untuk bertahan lebih daripada separuh dekad pelbagai isu dan cabaran yang dilalui oleh FELDA. Bermula daripada yang membabitkan hal ehwal peneroka hingga lah kepada hal ehwal pihak atasan. Malah mutakhir ini kita juga sering dihidangkan dengan pelbagai isu berkenaan dakwaan penyelewengan orang atasan dalam FELDA yang kini ditukarkan kepada FGV. Benar ataupun tidak biarlah yang diberi mandat kuasa memutuskannya. Sambutan Ekplorasi FELDA Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka Kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya. Malah yang menariknya adalah pada sambutan kali ini adalah berkenaan dengan pengumuman pelbagai isentif kepada peneroka. Malah, pemberian insemtif ini adalah diumumkan oleh YAB P.M sendiri ketika berucap di Sambutan Hari Peneroka. Insentif tersebut ialah: 1) Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 j

UBER & GRAB BUKAN PUNCA PEMANDU TEKSI TERTINDAS

Image
Asalnya UBER/GRAB dahulu dikenali sebagai "prebet sapu", perkhidmatan jika dikampung biasanya laku ketika ada pasar minggu di pekan. Pada ketika itu yang berkerja sebagai prebet sapu adalah orang yang paljng dicari bagi tujuan pengangkutan orang kampung ke pasar minggu. Kebelakangan ini sahaja aplikasi seperti UBER/GRAB diwujudkan bagi tujuan yang sama. Namun kebolehannya jauh lebih ke hadapan berbanding dengan prebet sapu. Kebiasaanya orang-orang dibandar yang betul-betul menggunakan UBER/GRAB kerana kosnya jauh lebih murah berbanding dengan teksi. Namun UBER/GRAB ini seakan menjadi musuh kepada teksi mutakhir dek kerana habis pelanggan teksi dicuri  oleh pengusaha UBER/GRAB ini. Padahal dalam tak sedar mereka sendirilah punca penolakan pelanggan terhadap teksi, malah hingga yang menipu pada mesin meter perjalanan pun ada, itu belum lagi termasuk yang ambil jalan jauh untuk menghantar penumpang. Sebenarnya mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa ramai pengusaha t

WAJARKAH JIKA SABAH DAN SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA??

Image
Aku sebenarnya malas nak menyampuk dalam bab Sabah dan Sarawak yang keluar dari Malaysia ini, walaupun sebenarnya Abang Jo hanya menghantar peguamnya sahaja untuk mengkaji apakah lagi tuntutan mereka dahulu kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Namun untuk menubuhkan negara sendiri bukanlah semudah seperti bercakap dihadapan audiens, lebih-lebih lagi apabila segenap hal perlu difikirkan. Bermula dari ekonomi dan sosial setiap cabang kecilnya perlu diambil agar rakyat mendapat hak yang seharusnya mereka dapat. Sudah tentu mereka mahukan yang lebih baik berbanding sewaktu berada dibawah kerajaan Malaysia dahulu. Bercakap soal hal ehwal pertahanan sudah tentu Sabah dan Sarawak perlu mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Manakala setiap kem askar Rejimen Askar Melayu Diraja pula semuanya akan dipindahkan kembali ke Malaya. Ini bermakna tiada lagi aspek keselematan melalui ketenteraan di kedua negara baharu tersebut, maka leb