TIDAK PERLU MELOBI UNTUK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA.- HISHAMMUDDIN

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pemimpin UMNO di semua peringkat tidak perlu melobi untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Tidak perlu nak melobi kerana yang penting dekati rakyat dan jalankan usaha mendekati golongan sasar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu, Di Bandar Permaisuri, Setiu, hari ini

Hishammuddin berkata, kedudukan beliau sendiri sebagai calon juga belum dapat ditentukan kerana hak menentukan siapa menjadi calon pada PRU nanti terletak kepada presiden parti yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Hishammuddin berkata, apa yang penting ialah pemimpin sepatutnya turun ke bawah menjalankan khidmat kepada rakyat supaya UMNO dan Barisan Nasional terus diterima rakyat.

Menurutnya, calon yang dipilih dalam PRU14 bukan sahaja perlu diterima dalam kalangan perwakilan parti tetapi diterima majoriti rakyat supaya UMNO dan BN terus menerima mandat untuk memerintah.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pada PRU-14.

Hishammuddin menegaskan bahawa UMNO kini berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja darisegi geopolitik tetapi juga sebagai cabaran parti yang memerintah, cabaran ekonomi, cabaran ancaman Daesh dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, gerakan pada PRU 14 tidak boleh dilakukan seperti PRU 13."Apa yang kita tumpukan bersandar kepada pemukiman yang diadakan di peringkat UMNO, Barisan Nasional dan Majlis Tertinggi."Saya harap bahawa gerakan ini dapat diselaraskan, juga menyuntik semangat gelombang," katanya.

Seramai 1,121 perwakilan hadir pada mesyuarat itu dan jumlah itu menghampiri sasaran jumlah perwakilan.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK