FELDA: 60 TAHUN MENYELUSURI RANJAU
Semenjak mula ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA kini sudah menginjak usia 60 penubuhan. Dalam perjalanan untuk bertahan lebih daripada separuh dekad pelbagai isu dan cabaran yang dilalui oleh FELDA. Bermula daripada yang membabitkan hal ehwal peneroka hingga lah kepada hal ehwal pihak atasan.
Malah mutakhir ini kita juga sering dihidangkan dengan pelbagai isu berkenaan dakwaan penyelewengan orang atasan dalam FELDA yang kini ditukarkan kepada FGV. Benar ataupun tidak biarlah yang diberi mandat kuasa memutuskannya.
Sambutan Ekplorasi FELDA Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka Kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya. Malah yang menariknya adalah pada sambutan kali ini adalah berkenaan dengan pengumuman pelbagai isentif kepada peneroka. Malah, pemberian insemtif ini adalah diumumkan oleh YAB P.M sendiri ketika berucap di Sambutan Hari Peneroka. Insentif tersebut ialah:
1) Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta
2) Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.
3) Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820
4) Kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion.
5) Geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.
6) Pengumuman dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula melebihi jangkaan RM40,000.
Yang mempersoalkan tindakan YAB
P.M memberikan insentif RM5000 kepada peneroka FELDA jelas menunjukkan sikap iri hati mereka terhadap peneroka FELDA. Selain itu, 'durian runtuh' ini bukanlah mereka perolehi secara tunai, malah ada juga diperuntukkan untuk melangsaikan kos penanaman semula anak sawit di setiap tanah peneroka.
Jika benar ingin menikmati kehidupan seperti mana yang dikecapi oleh setiap peneroka FELDA, kembalilah ke tahun 1956 dahulu diawal penubuhannya. Sanggupkah menebang pokok yang saiznya hampi lima pemeluk dan bersabar menunggu hasil tanaman membuahkan hasil?
Insentif RM5000 seperti yang diumumkan oleh YAB PM kepada peneroka FELDA bukanlah sekali itu 'durian runtuh' mereka perolehi, lagipun sudah pelbagai manfaat mereka kecapi selepas 60 tahun penubuhan ini. Berkat usaha dan kegigihan peneroka diawal penubuhan FELDA dahulu maka kita lihatlah apa yang ada dalam FELDA pada hari ini.
Disini apa yang hendak disampaikan adalah FELDA 1956 dahulu adalah berbeza dengan apa yang generasi seterusnya kecapi pada hari ini. Manakan tidak apabila pelbagai program usahawan mereka manfaatkan demi kelangsungan mereka sebagai anak FELDA. SELAMAT ULANG TAHUN FELDA DAN YAB P.M NAJIB RAZAK.
Comments
Post a Comment