FELDA AKAN DAPAT BALIK HAK MILIK TANAH DI JALAN SEMARAK!!

Alhamdulilah.. Synergy Promenade Sdn. Bhd. bakal menyerahkan kembali tanah kontroversi Felda di Jalan Semarak di ibu negara yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City tidak lama lagi.
Sumber Sinar Harian melaporkan, kedua-dua belah pihak telah mencapai kata putus berhubung perkara ‘panas’ berkenaan malah satu sidang media khas akan dibuat dalam masa terdekat dan dipercayai diadakan di ibu negara.
Synergy Promenade Sdn Bhd telah menyerahkan semula 16 geran tanah Felda yang telah dipindah milik untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini.
Dokumen berkenaan diserahkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Majlis ringkas berkenaan juga disaksikan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad di Ibu Pejabat Felda.

Persetujuan dan penyerahan berkenaan dibuat Ahli Lembaga Pengarah Synergy Promenade, Datuk Marina Hashim.
Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa ada sebarang pembayaran pun kepada Felda.
Synergy Promenade merupakan syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda tersebut untuk pembangunan projek mewah dan ia dikatakan ada hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pemilik syarikat tersebut, Noraini dan Abd. Rahman, merupakan usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 lalu.
Ketika itu, Pengerusi PNB ialah Tun Ismail Mohd. Ali, yang juga abang ipar Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan yang belum didaftarkan sah. Ismail kebetulan juga abang kepada isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Dengan bantuan PNB, syarikat kecil itu berkembang maju menjadikan Noraini turut dikenali sebagai vendor untuk komponen pengeluar automotif tempatan Proton, malahan sering aktif dalam Persatuan Vendor Proton (PVA).
Mahathir, 92, juga didakwa rapat dengan PVA termasuk menghadiri program mereka dan kerap membincangkan isu persatuan tersebut, bahkan anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.
Ekoran isu penjualan tanah agensi persekutuan itu, Polis DiRaja Malaysia menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda berkenaan.
Pada 21 Disember lalu, media pro-BN melaporkan Felda berisiko hilang hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Pindah milik itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. melantik Synergy Promenade sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dengan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK