TERGAMAK MAHATHIR HINA "MAHASISWA INDIE"

Ini contoh MAHASISWA INDIE

Tergamak sungguh mantan Perdana Menteri berkata sedemikian kepada mahasiswa kita berkenaan dengan mahasiswa yang memilih untuk berniaga selepas tamat pengajian. Memang zaman hari ini persaingan untuk mendapatkan kerja susah, tetapi memilih untuk berniaga juga adalah salah satu daripada jalan keluar masalah pengangguran.

 CELUPAR… Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir Mohamad tergamak menghina graduan universiti yang menganggur cuba berniaga nasi lemak.

Menerusi siaran sesi ucapan video beliau setiap Rabu yang dirakamkan dari Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Mahathir mendakwa tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini menjual nasi lemak.
Pengerusi Pakatan Harapan yang berusia 92 tahun itu dengan biadab turut menghina bekas penuntut institusi pengajian tinggi yang memilih kerjaya sebagai pemandu Uber menjadi punca rezeki mereka selepas tamat belajar.
Memetik laporan portal berita propembangkang yang merujuk situasi itu sebagai gejala berbanding budaya baharu, Mahathir berkata pekerjaan yang dilakukan graduan tersebut menunjukkan kurangnya kerja berpendapatan tinggi.
Mantan perdana menteri selama 22 tahun yang pernah dikutuk pembangkang sebagai diktator itu berkata, dua kerja tersebut menunjukkan mereka tidak cukup upah dan bukan kerana berkembangnya semangat keusahawanan.
Bercakap dalam sesi soal jawab bervideo menerusi laman Facebook, Mahathir mendakwa konon perkembangan semasa itu menunjukkan pihak kerajaan Barisan Nasional gagal untuk menyediakan peluang kerja yang sepadan.
“Lepasan universiti memiliki kemahiran tinggi tetapi tiada peluang pekerjaan sesuai. Jika kita mahu jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang ajar bagaimana cara berniaga nasi lemak, tetapi kita tiada universiti itu,” sindirnya.
Mahathir dengan nada sinis mendakwa: “Ia memalukan apabila graduan pula terpaksa jual nasi lemak atau memandu Uber. Ia menunjukkan kerajaan sendiri gagal menyesuaikan bidang kemahiran [graduan] dengan peluang kerja.”
Pandangan biadab beliau itu namun dibidas golongan peniaga kecil dan Mahathir tidak sepatutnya perlekeh usaha anak muda yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun hanya menjual nasi lemak.
Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pudu Kuala Lumpur, Jeff Tan Ker Chiang berkata, ramai berjaya menjana pendapatan lumayan malah pengalaman berniaga makanan kecil itu mengajar mereka lebih berdikari.
“Graduan universiti yang jual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan kerana mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk cari rezeki tanpa menyusahkan sesiapa pun atau terlibat kegiatan jenayah.
“Perkara ini adalah yang bagus bahkan memupuk sikap graduan untuk berani ceburi bidang perniagaan bermula dari peringkat kecil sebelum akhirnya mampu membuatkan mereka jana pendapatan besar sendiri,” katanya.
Untuk rekod, Di Perancis ada pelajar Malaysia jual nasi lemak sebungkus 10 euro (RM48) manakala di Britain pula £5.50 sepinggan (RM29). Nasi lemak Malaysia sudah bertaraf global. Lekeh sangatkah orang jual nasi lemak?
Mahathir sahaja kata lekeh. Tidak samalah anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Uber tetapi sudah jadi jutawan. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz 128 syarikat, aset RM540 juta.

Dalam tak sedar, Mahathir sendiri sudah lupa berkenaan dengan pengangguran suatu ketika dahulu. Memetik kembali kata-katanya ketika itu adalah; “Tiada kerja: Jangan salahkan kerajaan.” Malah beliau turut mendakwa bahawa dunia hari ini adalah berbeza berbanding pada satu ketika dulu apabila semua lulusan universiti mudah mendapat pekerjaan. “Dunia tak semacam itu, kadang-kadang ada peluang (tetapi) kadang-kadang tak ada peluang.'

Mahathir sendiri pun  pesan jangan salahkan kerajaan, kau apa tahu??

Itulah mentaliti sesetengah orang politik kita, apabila berkerja sendiri dihina tetapi apabila lapar kerana ketiadaan wang belanja dicap sebagai manja pula. Lain kalau Mahathir yang ada harta sama kaya dengan Qarun.

Kesimpulannya, nak tukar haluan politik hingga mahu diangkat menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua dipersilakan, tetapi janganlah syok sendiri seperti zaman kali pertama menjadi Perdana Menteri dahulu hinggakan mahasiswa pun tergamak dihina. Lagipun yang bakal mengundinya di PRU 14 nanti adalah mahsiswa. #HZ

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017