TANAH TRX DI SUNGAI BESI CHINA TAK JADI BELI PUN, KAU JE YANG MERAPU LEBIH.
1. Baiklah, memandangkan isu pemilikan tanah di TRX sudah
lebih setahun diam dan pembangunan di TRX pun semakin rancak. Lebih-lebih lagi
selepas, EXCHANGE 106 yang sedang dibina pun sudah melebihi paras ketinggian
KLCC, itu tandanya bahawa segala kerja dan pembinaan di TRX masih mengikut
jadual. Samalah macam Mahathir nak bina KLCC dahulu, 24 jam tak berhenti
semata-mata nak kejar “’deadline’.
2. Munculnya kembali isu penjualan tanah di TRX kepada TRX
adalah selepas Istiadat pengunduran Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Sungai
Besi. Sebenarnya hanya berpindah ke Sendayan, Negeri Sembilan tetapi cara
pembangkang bawa cerita macam Pangkalan Udara TUDM itu macam tiada pembelaan
yakni tiada alternative baru kepada TUDM.
3. Sebenarnya urusan jual beli tanah di TRX telah terbatal
berikutan kegagalan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal menadapat
pembiayaan daripada kerajaan China. Menurut Financial Times, TRX City Sdn Bhd
yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan perjanjian yang dimeterai dengan
IWH-CREC pada 2015 sudah luput dan terbatal kerana “gagal memenuhi obligasi
pembayaran”.
4. Walaubagaimanapun, IWH-CREC terlebih
dahulu menafikan dakwaan
tentang kegagalan pembayaran ini, walaupun sudah 12 kali penangguhan diberikan.
Sebaliknya, konsortium kerjasama China-Malaysia itu menegaskan mereka sudah
membuat semua bayaran itu kepada TRX City seperti termaktub dalam SSA.
5. Begitulah perancangan awal oleh TRX terhadap tanah bekas
PU TUDM di Sungai Besi, kini IWH-CREC bukan lagi pemaju induk Bandar Malaysia
yang bernilai RM 200 bilion. Baiklah, pecahan pemilikan tanah ini adalah:
a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated
(MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd.,
sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.
c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor
Sdn Bhd (KPRJ)
d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation
yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan
memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!
6. Secara ringkasnya:
– 54 peratus adalah milik syarikat-syarikat
kerajaan
– 46 peratus milik swasta (22
peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).
Kini,
– 76 peratus Bandar Malaysia
adalah milik Malaysia
– Hanya 24 peratus adalah milik
China.
Jadi di mana mungkin China
memiliki tanah bekas milik TUDM?
7. Kesimpulannya, projek HSR yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura tidak mendatangkan masalah, malah ianya bakal mula dibina menjelang 2018. Berkenaan tanah di Sungai Besi, eloklah kau fikirlah pasal yang kau miliki itu dahulu sama ada sudah dibeli oleh Tauke Cina ataupun masih kekal menjadi hak milik apabila memikirkan tentang aset dan kedaulatan. Heh!
Comments
Post a Comment