PH MESRA LGBT – USAH DINAFIKAN
Gerakan PRO LGBT (Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender) bukan gerakan yang baru wujud di negara kita. Gerakan ini sewajarnya tidak boleh dipandang enteng oleh rakyat Malaysia kerana sedikit-demi sedikit mereka mula melebarkan sayap untuk menjadi tumpuan dan bualan hangat di media utama negara. Sokongan dan dorongan daripada Kerajaan PH pada hari ini menjadi faktor utama mengapa gerakan ini terus bergerak secara aktif dan agresif untuk mendapatkan hak mereka walaupun mereka sendiri sedar ia sebenarnya melanggari norma-norma masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam. Kerajaan PH dikatakan menolak sekeras-sekerasnya tohmahan terhadap hubungan pertalian yang baik dengan gerakan Pro LGBT [1] tetapi pada masa yang sama mereka juga yang mengangkat golongan ini untuk terus hidup dan menjadi individu yang berpengaruh besar di negara kita. Kecenderungan Kerajaan PH dalam mengembangkan layar gerakan ini tidak boleh dinafikan. Ini Buktinya! Mother of LGB...