PENCEMARAN PASIR GUDANG – ADA UDANG DI SEBALIK BATU.



Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pengulangan semula insiden pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang, Johor. Insiden ini menggusarkan ramai pihak terutamanya orang awam yang berada di kawasan sekitar tersebut kerana ianya telah berulang sebanyak dua kali dalam tempoh tidak kurang dari tiga bulan.

Kepimpinan PH dilihat sangat lemah dalam menguruskan insiden ini sehingga menimbulkan persoalan siapa yang patut bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan perkara ini, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri?

Pada insiden yang pertama MB Johor telah meletak jawatan berpunca dari kegagalan dalam memastikan insiden ini dapat diselesaikan secepat mungkin.[1] Beliau dilihat acuh tak acuh untuk menangani krisis pencemaran Sungai Kim Kim pada mac lalu hingga mengakibatkan 5,848 penduduk Pasir Gudang terpaksa mendapatkan rawatan selepas menyedut udara beracun.

MB Johor yang baru turut dilihat gagal menguruskan insiden ini dengan baik. Beliau hanya mengeluarkan satu kenyataan media sahaja berkaitan isu ini.[2] Beliau turut mengarahkan beberapa agensi untuk melakukan pemeriksaan di 250 premis dan kilang pada 26 Jun yang lalu tetapi malangnya sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Adakah ‘ada udang di sebalik batu’?

Memetik satu kenyataan di laman twitter Tunku Mahkota Johor pada Mac lalu menunjukkan seperti ada sesuatu yang perkara yang berselindung bagi menghalang tindakan dilakukan terhadapa kilang-kilang yang melakukan perkara keji sedemikian.

Baca ini:




Ia boleh dijadikan salah satu faktor yang menjadi penyebab mengapa sehingga kini tiada pertuduhan mahkamah berlaku terhadap kilang-kilang yang melakukan pembuangan sisa toksik yang menjadi punca pencemaran berlaku di Pasir Gudang.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan juga tidak konsisten  seolah-solah ‘menjaga’ dalang yang melakukan perbuataan ini .

Baca ini:



Di peringkat kerajaan pusat, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Yeoh Bee Yin juga terpalit dengan satu kontroversi dimana ada desas-desus mengatakan suami beliau mempunyai 3 kilang kimia di Pasir Gudang. Adakah beliau turun ke Pasir Gudang hanya menunjukkan lakonan semata-mata?



Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa mangsa yang terlibat. Semalam, tular satu video seorang bapa mangsa pencemaran mengamuk di sesi townhall isu pencemaran pasir gudang. Mangsa sudah 3 bulan menderita sejak kesan kes yang pertama 3 bulan yang lalu. Menurut bapanya, beliau merupakan “Top Student” dan akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seorang wartawan NSTP yang membuat liputan isu pencemaran di Pasir Gudang telah  dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti virus Influenza B. Doktor juga mengesahkan paru-paru beliau mungkin dijangkiti kuman kerana terlalu lama terdedah dalam persekitaran tercemar.[3] Bayangkan, individu yang menjalankan tugas untuk menyalurkan maklumat kepada orang awam turut menjadi mangsa pencemaran ini.

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB? SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?

Pada 2009, "Chinese Milk Scandal" di China yang melibatkan kes keracunan susu tepung kerana mengandungi melanin yang mengakibatkan kematian 6 kanak-kanak, berakhir dengan 2 dalang utama ditembak mati, manakala pemilik syarikat susu dipenjara seumur hidup dan 3 eksekutif syarikat dipenjara 5-15 tahun serta 2 pengedar utama dipenjara seumur hidup.[4]

ADAKAH KERAJAAN PH BERANI BERTINDAK SEDEMIKIAN?

Apapun yang berlaku, marilah kita bersama-sama berdoa agar isu Pasir Gudang ini dapat ditangani sepenuhnya.

#HZ

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017