PH MESRA LGBT – USAH DINAFIKAN
Gerakan PRO LGBT (Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender)
bukan gerakan yang baru wujud di negara kita. Gerakan ini sewajarnya tidak
boleh dipandang enteng oleh rakyat Malaysia kerana sedikit-demi sedikit mereka
mula melebarkan sayap untuk menjadi tumpuan dan bualan hangat di media utama
negara.
Sokongan dan dorongan daripada Kerajaan PH pada hari ini
menjadi faktor utama mengapa gerakan ini terus bergerak secara aktif dan
agresif untuk mendapatkan hak mereka walaupun mereka sendiri sedar ia
sebenarnya melanggari norma-norma masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah
beragama Islam.
Kerajaan PH dikatakan menolak sekeras-sekerasnya tohmahan
terhadap hubungan pertalian yang baik dengan gerakan Pro LGBT[1]
tetapi pada masa yang sama mereka juga yang mengangkat golongan ini untuk terus
hidup dan menjadi individu yang berpengaruh besar di negara kita. Kecenderungan
Kerajaan PH dalam mengembangkan layar gerakan ini tidak boleh dinafikan.
Ini Buktinya!
Mother of LGBT Malaysia, Maria Chin diangkat menjadi Calon
PH, P105 Petaling Jaya
Maria Chin terlibat aktif dalam NGO-NGO hak asasi manusia
dan feminisme yang pro LGBT antaranya, WDC (Women Development Collective),
EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam).
Penerimaan beliau sebagai calon Pakatan Harapan
seolah-seolah membuka ruang dan peluang kepada rakyat khusunya golognan muda
untuk terjerumus dalam gejala songsang.
Aktivis LGBT, Numan Afifi Dilantik Menjadi Pegawai Akhbar
Syed Saddiq.
Tular di media, selepas kerajaan PH membentuk kabinet dengan
menaikkan Syed Saddiq sebagai Menteri Belia & Sukan. Isunya ialah pelantikan
Numan Afifi sebagai Pegawai Ahkbar Syed Saddiq.[2]
Numan Afifi ini merupakan aktivis LGBT yang sangat aktif di Malaysia. Beliau
pernah berdepan kontroversi apabila memngetuai Pelangi Campaign menganjurkan
majlis berbuka untuk golongan LGBT dua tahun lalu.[3]
Beliau juga dikatakan antara individu yang membuat tuntutan
membuang perkataan Islam pada Kad Pengenalan di Persidangan Antarabangsa.
Ini videonya:
Himpunan LGBT Tuntut Hak Di Ibu Kota
Pada Mac lalu, satu himpunan yang diadakan di ibu kota oleh
beberapa pertubuhan bukan kerajaan sempena Hari Wanita Antarabangsa ia turut
disertai kehadiran penyokong-penyokong Golongan lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT).[4]
Satu soalan sahaja, zaman kerajaan BN, berani ke golongan
ini bertindak sedemikian? “Tepuk dada Tanya selera”.
Kes Semburit “Menteri dan Pegawai Timbalan Menteri”
Bulan lepas, tular satu video lucah dua orang lelaki mirip
menteri bersama pegawai timbalan menteri. Perkara ini dinafikan
sekeras-kerasnya oleh menteri terbabit, walaubagaimanapun ia bertentangan sama
sekali dengan pengakuan yang dilakukan oleh Pegawai timbalan menteri berkenaan.
Ini videonya:
Jika dilihat dari sudut keadaan sekarang, ia mungkin permainan
politik untuk mematikan kareer politik pemimpin berkenaan tetapi jika kita
lihat dari sudut sosial, ia menunjukkan pengaruh yang tidak baik ditunjukkan
dari pihak atasan kepada rakyat tempatan.
Jika perkara ini fitnah, kenapa sehingga sekarang tiada
pertuduhan dilakukan terhadap tertuduh atas dakwaan fitnah. Fikir-fikirkanlah.
Transwomen Pertama Masuk Kerajaan.
Semalam, kita dikejutkan lagi sekali dengan berita seorang
transgender, Rania Zara Medina (Nama sebenar: Ameerul Iskandar) dilantik
sebagai Ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia di bawah Kementerian
Kesihatan Malaysia. Rania Merupakan Pemenang Ikon TW (Trans Woman) 2017.
Kegilaan apakah ini?
Jika individu-individu dan gerakan-gerakan ini diberikan
ruang dan peluang untuk terus menaikkan nama gerakan pro LGBT sudah pasti, isu
ini akan menjadi perkara biasa di negara kita dan orang awam tidak akan ambil
peduli. Hentikan sebelum kami terkena bala oleh-Nya wahai kerajaan sepenggal!
#HZ
Comments
Post a Comment