PINDAAN AKTA 688 (HAD UMUR BELIA) – SYED SADDIQ SYOK SENDIRI ( YB 4S)



Semalam, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668), antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun. RUU ini dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.[1]

Walaubagaiamanapun, pindaan tersebut mendapat reaksi yang negatif di kalangan pemimpin belia di negara ini kerana terdapat beberapa perkara yang tidak disenangi terhadap pindaan akta ini.

Majlis Belia Malaysia (MBM) antara organisasi belia  yang menentang habis-habisan pindaan akta ini, Presidennya menyatakan kekesalan dan terkilan dengan pindaan ini kerana ia dibuat tanpa persetujuan terakhir bersama MBM selaku rakan strategik utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).[2]


Ini menunjukkan Syed Saddiq seolah-olah mengambil keputusan sendiri tanpa melibatkan sesiapa pun untuk memberikan buah pandangan dalam pindaan akta ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq wajar dianggap sebagai pengkhianat sejurus selepas kelulusan pindaan akta ini kerana ucapan beliau semasa Hari Belia Negara 2019 tidak selari seperti yang dibahaskan di Dewan Parlimen, semalam.

Lihat video ini:


Kenapa syed saddiq begitu bersemangat untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun? Adakah ia berkait rapat dengan usul pindaan had umur layak pengundi kepada 18 tahun?
Mengapa persoalan ini wujud?

Kita boleh imbas kembali, pada Hari Belia Negara, Tun Dr Mahathir telah melancarkan ‘Youth Power Club ‘ (YPC) yang berperanan menambah pembabitan anak muda dalam pertubuhan belia serta menggerakkan aktiviti mereka di peringkat akar umbi. Peruntukkan RM 7.4 juta disediakan bagi menggerakkan YPC ini di 222 kawasan seluruh negeri.[3]

Pelaksanaan YPC ini sudah tentu akan digerakkan oleh belia-belia (baca: had umur 30 tahun) yang menyokong kerajaan PH dan jika pindaan had umur layak pengundi diluluskan, YPC yang akan jadi platform utama kepada kerajaan PH bagi mendapatkan sokongan anak muda pada PRU yang akan dating

Kesimpulan yang boleh dinyatakan disini ialah pindaan akta yang dilakukan oleh Syed Saddiq bersifat politik dan tidak memfokuskan pemerkasaan anak muda di era Malaysia baru.

Had umur belia tidak seharusnya  menjadi perkara pokok untuk difokuskan oleh Syed Saddiq. Beliau sepatutnya memberi tumpuan mengenai persedian 1 juta peluang pekerjaan kepada gologan anak muda yang tertera dalam manifesto pakatan harapan.

Bagaimana ingin memperkukuhkan peranan dan tanggunggjawab belia dalam negara jika golongan anak muda masih dibelenggu dengan masalah penggangguran?



Oleh sebab itu, Syed Saddiq boleh digelar "YB 4S" - YB Syed Saddiq Syok Sendiri

#HZ

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK