ZAHID HAMIDI KEMBALI. LIABILITI ATAU DINANTI?



UMNO digegarkan semula dengan berita kembalinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang tampuk kepimpinan UMNO dikala parti itu sedang mengorak langkah untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Kemunculan beliau ini dikatakan menjadi polemik dalaman yang menggusarkan beberapa pemimpin UMNO yang melihat perkara ini sebagai satu beban yang harus ditanggung oleh UMNO untuk menunjukkan imej yang bersih di kaca mata masyarakat.

Hal ini kerana, Zahid Hamidi terpalit dengan 87 pertuduhan mahkamah [1] yang sudah pasti memberikan impak negatif dari sudut pandang orang awam dan ianya akan menyebabkan langkah pemulihan UMNO akan terbantut.

Kalau boleh kita imbas semula,Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah yang drastik dengan melepaskan jawatan Presiden UMNO tahun lepas[2] bagi mengelakkan UMNO akan terkesan dari serangan pertuduhan yang dihadapi oleh beliau walaupun pertuduhan tersebut belum terbukti bersalah.

Walaubagaimanapun, kembalinya Zahid Hamidi janganlah dipandang serong semata-mata, persoalan yang wujud adakah beliau akan memimpin kapal keramat ini terus ke landasan yang ingin ditujui atau sebaliknya?

Zahid Hamidi perlu merangka satu pelan perdana untuk digunapakai oleh setiap kepimpinan UMNO bagi menggerakkan kejenteraan UMNO di peringkat akar umbi, jika hanya fokus Penyatuan Ummah bersama PAS semata-semata ia tidak memberi jaminan yang kukuh untuk dijadikan simbol penerimaan rakyat khususnya terhadap orang-orang Melayu.

Sudah pasti ramai akan beranggapan, Tokmat kan ada! Kenapa kita perlu bergantung kepada zahid? Iya, betul.

Tokmat memang dikenali sebagai  seorang figura yang mempunyai latar belakang yang positif, berketrampilan dan berkredibiliti tinggi dalam menyelamatkan UMNO. Ia terbukti dengan 3 kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau).

Tokmat memang mempunyai aura tersendiri dalam menggerakkan UMNO, tetapi perkara yang perlu kita terima dan tidak boleh dinafikan adalah gerak kerja yang ditampilkan oleh Tokmat di peringkat akar umbi, sehingga kini tokmat dilihat tidak bergerak secara agresif untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada UMNO dan beliau lebih dilihat banyak berfokus di Negeri Sembilan sahaja.

Berkemungkinan, beliau menghormati Zahid selaku Presiden yang sah dan tidak mahu ‘lebih suduh dari kuah’ tatkala memangku tugas-tugas Presiden UMNO.

Sejujurnya, dua figura yang kini dilihat memacu UMNO untuk terus konsisten dan kekal relevan ialah Datuk Seri Najib Razak dan Dato’ Dr Asyraf Wajdi. 

Walaupun beliau terlibat dengan pertuduhan mahkamah, Datuk Seri Najib Razak dilihat individu yang tidak henti-henti turun ke akar umbi untuk membangkitkan semangat rakyat dalam menentang Kerajaan hari ini dan ia memberi impak yang sangat positif bersama tagline ‘Malu Apa Bossku’. [3]

Dato’ Dr Asyraf pula berfokus kepada anak muda, beliau dilihat pemimpin muda UMNO yang menunjukkan taring apabila diberikan kepercayaan memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau sentiasa menunjukkan keperibadian yang unggul dengan imej islamik untuk mencerminkan UMNO di era yang baru bagi menarik sokongan anak muda.[4]

Konklusinya, kembalinya zahid dalam Pangkuan UMNO akan menimbulkan seribu satu persoalan adakah UMNO akan terus bergerak kehadapan atau mundur ke belakang?
Apa pun polemik yang dihadapi UMNO hari ini, rakyat tetap memerhati dan mengharapkan parti kemerdekaan ini untuk kembali pulih dengan wajah dan semangat yang baharu.
#HZ


[1] http://www.utusan.com.my/berita/politik/pertuduhan-di-mahkamah-tak-jejas-zahid-jadi-presiden-umno-1.927768
[2] https://www.sinarharian.com.my/politik/najib-lepas-jawatan-presiden-umno-pengerusi-bn-1.833547
[3] http://www.kosmo.com.my/negara/impak-di-sebalik-malu-apa-bossku-1.838520
[4] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/11/pemuda-umno-seru-jangan-sebar-video-seks-mirip-menteri/

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK