Posts

Showing posts from July, 2019

PH MESRA LGBT – USAH DINAFIKAN

Image
Gerakan PRO LGBT (Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender) bukan gerakan yang baru wujud di negara kita. Gerakan ini sewajarnya tidak boleh dipandang enteng oleh rakyat Malaysia kerana sedikit-demi sedikit mereka mula melebarkan sayap untuk menjadi tumpuan dan bualan hangat di media utama negara. Sokongan dan dorongan daripada Kerajaan PH pada hari ini menjadi faktor utama mengapa gerakan ini terus bergerak secara aktif dan agresif untuk mendapatkan hak mereka walaupun mereka sendiri sedar ia sebenarnya melanggari norma-norma masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam. Kerajaan PH dikatakan menolak sekeras-sekerasnya tohmahan terhadap hubungan pertalian yang baik dengan gerakan Pro LGBT [1] tetapi pada masa yang sama mereka juga yang mengangkat golongan ini untuk terus hidup dan menjadi individu yang berpengaruh besar di negara kita. Kecenderungan Kerajaan PH dalam mengembangkan layar gerakan ini tidak boleh dinafikan. Ini Buktinya! Mother of LGB...

PINDAAN AKTA 688 (HAD UMUR BELIA) – SYED SADDIQ SYOK SENDIRI ( YB 4S)

Image
Semalam, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668), antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun. RUU ini dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. [1] Walaubagaiamanapun, pindaan tersebut mendapat reaksi yang negatif di kalangan pemimpin belia di negara ini kerana terdapat beberapa perkara yang tidak disenangi terhadap pindaan akta ini. Majlis Belia Malaysia (MBM) antara organisasi belia   yang menentang habis-habisan pindaan akta ini, Presidennya menyatakan kekesalan dan terkilan dengan pindaan ini kerana ia dibuat tanpa persetujuan terakhir bersama MBM selaku rakan strategik utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). [2] Ini menunjukkan Syed Saddiq seolah-olah mengambil keputusan sendiri tanpa melibatkan sesiapa pun untuk memberikan buah pandangan dalam pindaan akta ini. Dalam pada itu, Syed Saddiq wajar dianggap sebagai pengkhianat se...

PENCEMARAN PASIR GUDANG – ADA UDANG DI SEBALIK BATU.

Image
Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pengulangan semula insiden pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang, Johor. Insiden ini menggusarkan ramai pihak terutamanya orang awam yang berada di kawasan sekitar tersebut kerana ianya telah berulang sebanyak dua kali dalam tempoh tidak kurang dari tiga bulan. Kepimpinan PH dilihat sangat lemah dalam menguruskan insiden ini sehingga menimbulkan persoalan siapa yang patut bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan perkara ini, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Pada insiden yang pertama MB Johor telah meletak jawatan berpunca dari kegagalan dalam memastikan insiden ini dapat diselesaikan secepat mungkin. [1] Beliau dilihat acuh tak acuh untuk menangani krisis pencemaran Sungai Kim Kim pada mac lalu hingga mengakibatkan 5,848 penduduk Pasir Gudang terpaksa mendapatkan rawatan selepas menyedut udara beracun. MB Johor yang baru turut dilihat gagal menguruskan insiden ini dengan baik. Beliau hanya mengeluarkan satu ...

ZAHID HAMIDI KEMBALI. LIABILITI ATAU DINANTI?

Image
UMNO digegarkan semula dengan berita kembalinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang tampuk kepimpinan UMNO dikala parti itu sedang mengorak langkah untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kemunculan beliau ini dikatakan menjadi polemik dalaman yang menggusarkan beberapa pemimpin UMNO yang melihat perkara ini sebagai satu beban yang harus ditanggung oleh UMNO untuk menunjukkan imej yang bersih di kaca mata masyarakat. Hal ini kerana, Zahid Hamidi terpalit dengan 87 pertuduhan mahkamah [1] yang sudah pasti memberikan impak negatif dari sudut pandang orang awam dan ianya akan menyebabkan langkah pemulihan UMNO akan terbantut. Kalau boleh kita imbas semula,Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah yang drastik dengan melepaskan jawatan Presiden UMNO tahun lepas [2] bagi mengelakkan UMNO akan terkesan dari serangan pertuduhan yang dihadapi oleh beliau walaupun pertuduhan tersebut belum terbukti bersalah. Walaubagaimanapun, kembalinya Zahid Hamidi janganlah dipandang sero...