Posts

Showing posts from 2016

EZAM UMUM KELUAR PPBM

Image
Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno. Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya. Ini adalah kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu. Ezam merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat Malaysia. Ezam bagaimanapun menyertai semula Umno pada 2008, dipercayai ekoran perselisihan faham dengan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR. Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin, diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi. Kin...

MUHYIDDIN PERLU TAMPIL UNTUK BERSIHKAN NAMA- KHAIRUDDIN

Image
Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal kerana memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu kelihatan adil bersih dan saksama, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Bekas ahli PPBM itu berkata selaku presiden parti, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya. “Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Anina Saadudin yang disingkirkan daripada jawatan ketua wanita PPBM, semalam. Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan itu, namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor. Anina berkata beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan setiausaha agung, D...

ANINA SAADUDIN SAH DITENDANG DARI PPBM

Image
Anina Saadudin menegaskan dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor. Anina berkata, beliau sudah bercakap dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu. “Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu. Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi. Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”. “Beliau dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi,” katanya kepada media. Ujarnya , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pun baru dilantik sebagai ketua pemuda PPBM, Armada. ...

JAWAPAN KEPADA ISU TANAH UNTUK GOLONGAN BELIA TERENGGANU

Image
KALAU tidak silap isu yang telah diviralkan dalam media sosial pertengahan tahun ini berkaitan pemilikan tanah yang telah diumumkan  oleh Menteri Besar Terengganu di dalam satu program di Hulu Terengganu pada mei lalu telah disalah tafsirkan oleh orang rakyat terutamanya golongan muda.  Ramai yang meletakkan kesalahan itu diatas bahu YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana kerana dalam sidang media tersebut menyatakan perkara demikian sepertimana dilaporkan oleh akhbar tempatan. Didalam perkiraan admin, purata daripada 1.8 juta orang rakyat Terengganu dan 55 peratus adalah golongan belia bawah 40 tahun (B40). Adakah seramai 990 ribu orang golongan B40 akan memerima tanah yang dinyatakan itu dan ianya tidak masuk akal yang logikal langsung. Admin telah berkunjung ke jabatan berkaitan dan ingin memohon tanah seperti mana yang diviralkan itu dan ini mendapat penjelasan dan pencerahan daripada jabatan dan juga sumber berkaitan tanah, penulis telah mendapat penjelasan...

#FITNAHMRT: DAKWAAN RAFIZI DITANGKIS OLEH MRT CORP

Image
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menangkis dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan Projek MRT Lembah Klang dan menjelaskan mengapa tuduhan dibuat tersebut tidak berasas sama sekali. Atas kekecewaan oleh Rafizi Ramli. Pihak MRT tampil menjelaskan dakwaan mengatakan Projek MRT Lembah Klang bernilai RM40 bilion sebagai “bajet asal” projek adalah tidak tepat sama sekali. Antara dakwaan yang dibuat ialah berkaitan dengan Projek MRT Lembah Klang, adalah nilai RM40 bilion yang telah didakwa sebagai “bajet asal” projek. “Kami ingin menjelaskan di sini bahawa nilai ini telah dinyatakan daripada cadangan yang dikonsepkan pada Tahun 2010 dan oleh itu, ia adalah tidak lagi relevan untuk digunakan sebagai perbandingan dengan Projek semasa yang akhirnya dapat direalisasikan. “Nilai RM40 bilion adalah pada asalnya dikemukakan dalam satu cadangan sektor swasta untuk ketiga-tiga laluan Projek MRT Lembah Klang (yang akan dibina secara serentak) k...

AMARAN HUJAN LEBAT DI PANTAI TIMUR MULAI ISNIN

Image
Menurut Jabatan Meteorologi. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dijangka mengalami hujan lebat selama tiga hari mulai Isnin ini. "Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Isnin hingga Rabu ini." Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

TINDAKAN LUCU OLEH JAMAL YUNOS PUNYA MESEJ TERSIRAT

Image
      Jamal Yunos dengan hanya berkemban, membuktikan releven lagikah kerajaan PKR Selangor?         1. “Jamal Yunos?? Tipulah kalau kau tak kenal dia tu siapa”. Namanya semakin disebut oleh segenap masyarakat kita pada hari ini dek kerana tindakannya yang tidak masuk akal. Contohnya, berkemban dengan tuala di hadapan bangunan SUK semalam. Berikutan masalah gangguan bekalan air di Negeri Selangor.   2.  Saban hari Jamal Yunos seolah-olah menyerahkan batang tengkuk sendiri untuk dijadikan bahan ejekan dan ‘troll’ oleh pengamal media di pihak dek kerana tindakan yang dilakukannya langsung tidak melambangkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.   3. Adakah Jamal Yunos tersentap atau berkecil hati dengan reaksi ‘netizen’ terhadap dirinya? Jawapannya tidak, kerana Jamal Yunos seolah-olah menjadikan ‘troll’ dan ejekan itu sebagai bahan baginya untuk meneruskan lagi aksinya.   4. Sebagaimana yang sering dilakukan oleh R...

DIPLOMAT RUSSIA MATI DITEMBAK DI ANKARA

Image
Karlov sedang berucap di Ankara sebelum insiden berlaku. Seorang diplomat Russia ke Turki, Andrey Karlov, telah ditembak mati ketika sedang menyampaikan ucapan di Ankara sejam yang lalu. Penembak, M Mert Altintas, seorang polis Turki yang pernah berkhidmat kepada Erdogan telah melepaskan beberapa tembakan dari jarak dekat daripada belakang ketika Andrey sedang memberikan ucapan. M Altintas menembaknya tepat ke dada kiri mangsa seraya melaungkan takbir dan melaungkan kata-kata tentang Aleppo. Rakaman terhenti disitu setelah beberapa kali Altintas melaungkan takbir. Andrey merupakan seorang kedutaan Russia yang ditugaskan ke Turki dan aktif bergiat dalam menghantar bantuan medikasi ke Syria. Manakala M Altintas pula disyaki didalangi oleh gerakan tertentu yang menginginkan peperangan terjadi antara Turki dan Russia. Dalam situasi provokasi seperti ini, kita semestinya mengetahui pihak manakah yang menginginkan Russia dan Turki ini berperang. Lagipun, luka lama Russia terhada...

SEBAB UTAMA PENTADBIRAN NAJIB RAZAK SELAMA 8 TAHUN DIMARAHI RAKYAT

Image
8 TAHUN NAJIB RAZAK JADI PERDANA MENTERI APA YANG DIA BUAT ?.. Aku tak faham, Selama 8 tahun Najib Razak jadi Perdana Menteri, apa yang dia dah buat? Zaman Mahathir, 8 tahun masih lagi bailout Proton. Sebab itu rakyat marah sangat dengan Najib Razak kerana beberapa perkara. Di antara 31 sebab kenapa rakyat marah selama 8 tahun Najib Razak menjadi PM: 1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrap. 2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan. 3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina. 4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihe...

ASET KERAJAAN PULAU PINANG HAMPIR HABIS DIJUAL, RM1.75 BILION LESAP ENTAH KE MANA

Image
Akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa Lim Guan Eng secara rasmi menjawab di sidang DUN Pulau Pinang bahawa cuma terdapat satu agensi Kerajaan Negeri, iaitu PDC Pulau Pinang yang telah menjual tanah kerajaan bernilai RM1.74 bilion sejak tahun 2008. Jumlah ini tidak termasuk nilai tanah yang dijual kepada EcoWorld untuk membangunkan sebuah resort golf berharga RM700 juta yang kemudiannya dibatalkan kerana tanah tersebut tidak cukup besar untuk dijadikan padang golf. Ini juga tidak termasuk jualan sebanyak RM160 juta saham dalam projek PDC Pulau Jerejak baru-baru ini. Ini juga tidak termasuk usaha sama (JV) dengan syarikat Temasek Singapura di mana PDC telah menyerahkan tanah negeri yang bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada syarikat usaha sama tersebut. Dan sudah tentu, ini tidak termasuk tanah bernilai RM6.34 bilion untuk membangunkan projek terowong Pulau Pinang yang meragukan kerana ia merupakan transaksi di luar penyata berimbang kerajaan negeri. Jumlah RM1.74 b...

SURAT LAYANG FITNAH ZAHID HAMIDI 'GAGAL'!!!

Image
Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan  berita atau maklumat yang tidak sahih. Surat yang tersebar melalui laman media sosial mengenai tekanan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri meletak jawatan adalah tidak benar. Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Azizul Hakim Abdul Aziz mengesahkan bahawa surat layang didakwa ditulis Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disebarkan melalui media sosial adalah fitnah oleh pihak tertentu yang ingin mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin itu. Menurut Azizul, cubaan merosakkan imej Timbalan Perdana Menteri mula dikesan apabila Ahmad Zahid difitnah kononnya meletakkan batu asas kuil demi meraih sokongan kaum India melalui sebuah video. Kebenaran surat tersebut amatlah diragui berkaitan format persuratan rasmi yang digunakan seperti menyebut gelaran Yang Berbahagia yang sepatutnya adalah Yang Berhormat untuk Ahli Parlimen. Ia disusuli dengan penyebaran grafik Naib ...

ANNUAR MUSA TIDAK MELENTING KERANA JEMPUTANNYA DIBATALKAN ISTANA NEGARA.

Image
                                                 Jemputan keatas  Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali  untuk hadir ke majlis pertabalan YDP Agong yang baru  dibatalkan  masih lagi hangat dibincangkan di media-media sosial. Hal ini kerana perkara tersebut  dijadikan  isu oleh Mantan Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun. Pembatalan jemputan bukanlah melibatkan beliau sahaja. Malah difahamkan, Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa juga dibatalkan jemputannya. Perkara itu turut sama terjadi kepada beberapa ahli korporat dan mantan ahli politik seperti TS Syed Mokhtar Al Bukhary, TS Rodzali Ismail, TS Mahmood Adam dan juga TS Sanusi Junid. Sudah menjadi hak Tuan Rumah iaitu Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menjemput sesiapa yang mereka kehendaki d...

MB RAZIF KEMBALI BERGELAR DATUK SERI

Image
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri. Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini". Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.- BERNAMA

DEMI KUASA PRINSIP 22 TAHUN DIKORBANKAN TUN M.

Image
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengorbankan prinsip-prinsip yang dipegang teguh selama lebih 22 tahun apabila memilih untuk bersama-sama dengan pembangkang. T indakan itu memperlihatkan sisi bekas pemimpin negara itu yang hanya berjuang untuk sesuatu kepentingan dalam berpolitik. Dr Mahathir telah mengenepikan pegangannya yang terdahulu. Sedangkan pembangkang itulah yang mengkritik hebat setiap dasar-dasar yang beliau laksanakan semasa memimpin negara.  Tetapi sekarang Dr Mahathir mampu duduk semeja di dalam majlis-majlis anjuran DAP yang terkenal sebagai musuh beliau sebelum ini semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Barisan Nasional, yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dilihat duduk di pentas bersama barisan kepimpinan DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, dan presiden Parti Amanah Negara (A...

SIAPA CHEN MAN HIN?

Image
Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan 'uncle' yang duduk bersebelahan Tun Mahathir dalam Persidangan DAP di Shah Alam semalam. Sehingga ada ada yang menggelarkannya 'komunis baru keluar hutan'. Nama beliau adalah Dr. Chen Man Hin. Antara pengasas PAP di Tanah Melayu dan seterusnya DAP setelah PAP diharamkan oleh Persekutuan Tanah Melayu. Chen Man hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua . Pada 1946, beliau belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada 1952. Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan / doktor di Singapura dan kemudian Hospital Seremban sehingga tahun 1956, apabila membuka klinik sendiri. Chen Man Hin memang asal dari Negara China dan merupakan antara pelopor gerakan Komunis di China. Setelah mendarat di Tanah Melayu, beliau menggerakkan parti politik berasaskan Komunis bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tan Seng Giaw (Kepong), Devan Nair (Presiden Singapore) dan b...

DAKWAAN KEMASUKAN 700,000 WARGA CHINA ADALAH MENGARUT

Image
Dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City adalah tidak masuk akal, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin. Beliau berkata, ia hanya hasutan untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya. Mohamed Khaled menarik perhatian bahawa projek Forest City memakan masa kira-kira 30 tahun, dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur, misalnya. "Lepas 30 tahun mungkin akan ada 700,000 warga asing di Johor tetapi mustahil semuanya adalah warga China," katanya kepada pemberita selepas menutup  Sukan Muafakat 2016 Kawasan Rukun Tetangga Zon Air Biru, di sini hari ini. Dr Mahathir sebelum ini mendakwa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.   Mohamed Khaled...

#PAU2016: GELOMBANG BIRU 2004 DI TERENGGANU KINI DI PAU 2016?

Image
Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1999 pernah menjadi sejarah kepada jatuhnya pimpinan Barisan Nasional, di negeri Terengganu dan Kelantan pula masih mengekalkan pemerintahan PAS yang disandangnya setelah tiga penggal berturut-turut gagal dirampas UMNO melalui tiket Barisan Nasional.                 Rentetan daripada kekalahan BN di Terengganu. UMNO Terengganu yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jusoh bangkit untuk merampas kembali mandat pemerintahan negeri daripada PAS. Strategi dan perancangan yang diatur perlulah memberikan impak dan kesan yang mendalam kepada rakyat negeri Terengganu. Akhirnya terbitlah ‘Gelombang Biru’ yang dihasilkan bagi menawan kembali pimpinan kerajaan negeri Terengganu daripada PAS.                 Alhamdulilah, berkat dan usaha yang dibawa oleh Datuk Seri Idris Jusoh ketika itu mendatangkan hasil ap...

TANAH RIZAB ORANG ASLI KELANTAN PERLU DIWARTAKAN- KU LI

Image
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan Kelantan mewartakan sebahagian daripada tanah yang digunakan Orang Asli di kawasan parlimennya untuk masyarakat itu. Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana Orang Asli menganggap kawasan yang didiami mereka adalah tanah tradisi milik mereka. "Orang Asli bergantung kepada kawasannya dan anggap ia adalah tanah tadisi milik mereka. Tapi mereka tidak sedar di Kelantan tidak ada tanah rizab Orang Asli, tidak seperti di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. "Saya sanggup campur tangan berunding dengan kerajaan negeri... kalau boleh sebahagian tanah yang diguna (Orang Asli) dirizab agar ia tidak dicerobohi oleh sesiapa termasuk pembalak kerana ada tanah yang luas lagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran di Universiti Sains Malaysia di George Town hari ini. Tengku Razaleigh mengula...

16 ORG ASLI DITANGKAP DI GUA MUSANG

Image
Bukan di Rohingya, tapi di Gua Musang Kelantan. Kemaskini Terkini Blockade 1:50pm: Orang Asli vs Kerajaan Negeri Kelantan Sehingga kini, 16 Orang aktivis Orang Asli telah ditahan PGA. Senari ditahan: 1. Azmi bin Badul 2. Ayel bin Ajib 3. Majid bin Along 4. Yusman bin Andok 5. Alang bin Along 6. Arif bin Pandak 7. Angah bin Tegau 8. Radi bin Uda 9. Manglo bin tegau 10. Jamil bin Gabon 11. Johari bin Alang 12. Saharom bin Mohamad 13. Bahari a/l Angah 14. Ismadi bin Adek 15. Malik bin Along 16. Rais bin Sudin Senarai akan dikemaskini. POLIS, PJBT HUTAN, FRU VS ORG ASLI GUA MUSANG Demi BALAK, 52% balak Kelantan daripada tempat bantahan orang asli Kelantan. Tauke balak kata 5 hari tidak operasi rugi RM50 juta! Kerajaan Negeri dijangka mengaut Keuntungan daripada Hasil Hutan sebanyak RM177.20 JUTA daripada buku Bajet 2017, sumber income paling banyak kerajaan Negeri. Demi DUIT, rakyat dan orang asli sanggup diketepikan?? 3 Kawasan Orang Asli buat sekatan...

PAS GERGASI POLITIK DI MALAYSIA?

Image
Satu ketika dahulu, sejak 1955, PAS adalah gergasi politik di pihak pembangkang. PAS yang lebih banyak jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR. Kali terakhir PAS jadi Ketua Pembangkang adalah pada penggal 1999-2004, selepas itu sudah tiga penggal DAP dan PKR mendominasi PAS. PAS hanya kekal sebagai kerajaan negeri Kelantan. Manakala DAP kuasai Penang. DAP dan PKR bersama sama kuasai kerajaan negeri Selangor. Biarpun PAS banyak kerusi dalam DUN Selangor. Namun yang lebih dianggap "abang besar" di Selangor adalah DAP. ADUN PAS hanyalah ADUN kelas keempat selepas ADUN DAP, PKR dan PAN. Dulu PAS ada "group Anwarinas" dan profesional di samping kumpulan ulama. Sejak tertubuhnya PAN, hanya tinggal ulama dalam PAS. Geng Anwarinas dan profesional sudah masuk PAN. Malah PAS juga hilang 6 kerusi parlimen kepada PAN. Agenda DAP untuk memecah belah Melayu sudah berjaya. Dulu Melayu berpecah pada dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO. Sejak ada PKR, ad...